Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, February 14, 2013

Nasharudin tolak jadi calon bebas PRU13



Bekas ahli Majlis Syura Ulama, Nasharudin Mat Isa menolak untuk bertanding sebagai calon bebas sekiranya tidak dicalonkan oleh PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Kata Nasharudin, beliau masih lagi ahli PAS dan mustahil untuk bertanding sebagai calon bebas.

"Saya tidak kisah (tidak menjadi calon) kerana saya boleh fokus kepada mengukuhkan Islam melalui pelbagai saluran.

"Salah satu daripadanya adalah melalui pergerakan global kesederhanaan," katanya ketika menghadiri Forum Gerakan Kesederhanaan Global di sini semalam.

The Star turut melaporkan bahawa Ahli Parlimen Bachok itu masih komited terhadap PAS walaupun telah digugurkan daripada Majlis Syura Ulama.

"Saya mematuhi apa-apa keputusan yang dibuat oleh kepimpinan parti,

"Saya masih seorang ahli dan saya terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti parti," ujarnya.

Nasharudin sebelum ini telah dilucutkan keanggotaan Majlis Syura PAS pada 13 Januari lalu kerana didakwa tidak hadir ke mesyuarat sebanyak tiga kali berturut-turut selain sering mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan ketetapan parti.

Namun terdapat spekulasi bahawa pemecatan beliau berkait rapat dengan ketidakpuasan hati kepimpinan PAS dengan hubungan Nasharudin yang dilihat 'rapat' dengan pemimpin Umno.

4 comments:

  1. Setia membabi buta!!

    Bodoh betol maknusia ni Wakil Rakyat pulak tu!!

    Agak nya orang2 Puak Kultus Khawarij PAS ni semua nya TONGGONG2!!!!

    ReplyDelete
  2. Pemecatan ini menunjukkan sikap sebenar nik ajis ..sombong, ego, bongkak walaupun nampak alim ..

    ReplyDelete
  3. baiah... gantung tak bertali...

    ReplyDelete