Minda Hijrah Headline Animator

Saturday, February 9, 2013

[Khalid Samad Meroyan] Nasharudin diminta jangan cemar nama Allahyarham Datuk Fadzil

Pas Selangor mengingatkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa supaya tidak mencemarkan nama baik bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor dengan segala tindakan dan kenyataan beliau.

Timbalan Pesuruhjaya Pas III, Khalid Samad berkata, Nasharudin sepatutnya berterima kasih kepada Ustaz Fadzil kerana membawa beliau yang langsung tidak dikenali terus ke pimpinan Pusat dan dilantik sebagai Setiausaha Agung Pas.

"Beliau bukan siapa-siapa sebelum Ustaz Fadzil ambil dan letak di pentas utama politik Pas. Saya minta dia jangan cemar nama Ustaz Fadzil iaitu mengaitkan dengan tindakan dilakukannya," katanya pada sidang media di sini semalam.

Khalid berkata, ucapan Nasharudin di sebuah stesen televisyen swasta baru-baru dilihat seolah-olah menjual nama bekas itu Presiden Pas sedangkan itu kenyataannya sendiri.

"Soal tahaluf siasi ini dimulakan pada zaman kepimpinan Ustaz Fadzil. Ianya merupakan keputusan hasil perbincangan melibatkan bukan sahaja pemimpin Pas, tetapi pemimpin gerakan Islam seluruh dunia.

"Mereka berbahas berdasarkan fahaman, suasana dan prinsip politik mengikut syariat Islam. Ia diputuskan bahawa Pas menjadi parti relevan bagi seluruh Malaysia dan rakyatnya, maka persoalan tahaluf siasi ini kerjasama dengan DAP dan PKR tidak menjadi masalah," katanya.

Beliau berkata, Pas Selangor kesal dengan tindakan Nasharudin yang tidak mahu membetulkan diri sendiri dengan menerima keputusan jemaah atau parti tetapi terus ingin melanggarnya walaupun ia salah dari sudut disiplin.

"Tindakan itu membuktikan beliau tidak layak menjadi ahli Majlis Syura Ulamak maka keputusan Majlis Syura Ulamak menggugurkannya terbukti tepat dan betul.

"Tindakannya membuktikan beliau tidak layak menjadi Timbalan Presiden Pas, maka ianya mengesahkan keputusan Muktamar 2011 yang tidak memilihnya sebagai Presiden," katanya.

Dalam pada itu, Khalid turut mengulas mengenai gesaan Nasharudin yang mahu Pas keluar dari Pakatan Rakyat (PR).

"Ia bercanggah dengan apa diwariskan oleh Ustaz Fadzil dan kata-kata beliau sendiri bahawa ini satu ijtihad hebat untuk menjadikan Pas itu relevan bagi semua di seluruh negara Malaysia. Kalau keluar dari PR, maka Pas akan bersendirian dan hanya dapat memainkan peranan untuk sektor masyarakat tertentu sahaja," katanya.

9 comments:

  1. ANJING ANJING DAP ADALAH PENGKHIANAT MELAYU DAN ISLAM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si Khalid nie sama la ngan si Khalid GaGaGaGap tu tukang basuh berak anjing² DAP n PKR

      Delete
  2. dengkinya khalid Gereja ni terhadap Nasha bukan kepalang. Iye la, Fadzil Noor pun tak kenal siapa khalid gereja ni dulu, tu sebab tak pernah dilantik jadi pemimpin utama parti hamPAS era Fadzil Noor. Sekarang orang kenal pun sebab bernasib baik menang kerusi Parlimen Shah Alam. Kalau tidak, siapa ntah si mangkuk gereja ni...

    ReplyDelete
  3. Demikian banyak bukti kesesatan sehingga ulama´ dlm golongan sendiripun menyanggah tp masih mengatakan dialah yg benar. ¨Dan tidaklah dapat mengambil pelajaran kecuali org org yg mempunyai pintu (hati) ¨ -Ali Imran 7.

    ReplyDelete
  4. itu la kau Khalid..engkau mengagungkan Pluralisme, murtad dan sebagianya di selangor..Nasha tak kata apa pun tetapi bila dia bercakap benda yang benar pungung kau terasa panas ker..kau khalid cemarkan ISLAM tetapi nasah agungkankan ISLAM. Itu la bezanya antara orang yang beriman dengan orang yang fasik....anak buah arwah Fadzil mnoor memamg ad kelas tetapi anak buah hadi awang , nik azizi dan anwar ibrahim pulak dah ramai jadi pelisik. kah..kah..kah..Ypour last term Khalid..bye bye.

    ReplyDelete
  5. Lepas PRU13 nanti, siapa pulak yang kenal dengan hamPAS tu....akan bertanding dikawasan lain, diShah Alam awak dah kena reject.....ooooohhhhh dia kana pergi bertanding dikawsan yang ramai Cina keristian.....sebab suara sumabnga nya selalau membawa isu dan kepentingan cina keristian....Marabbuka Khalid... jawab lah engkau dialam barzakh nanti dan tunggulah pengadilan diPadang Masyar nanti....

    ReplyDelete
  6. Manusia yang bertopengkan dengan gaya islam akan menjadi syaitan nyata didunia ini, ulamak akhir zaman merupakan kelangsungan akhir zaman itu maka lahirlah islam ciptaan syaitan bertopengkan manusia yang sanggup mempermainkan akidah dan al quran demi kepentingan peribadi. Allah maha mengetahui dan setiap kejahatan itu akan dibalas dengan adil . Semoga Malaysia akan sentiasa aman makmur dan Islam akan terus subur di bumi melayu ini. Allahhuakbar..................

    ReplyDelete
  7. YB ni pulak bila masuk PAS pastu dapat terus bertanding...dari mana dtg agaknya???

    ReplyDelete