Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, February 6, 2013

Kelab Chedet - Kisah Seorang Tua Menunggu Ketibaan Tun Mahathir - SEBARKAN !




Di satu peristiwa di mana orang ramai sedang menuggu ketibaan Tun Mahathir untuk satu upacara anjuran PERKASA di dewan Kg Datuk Keramat AU hampir setahun lalu, saya juga turut berdiri bersama bersama mereka menunggu saat ketibaan Tun itu.

Sambil menunggu saya sempat memerhati kan seorang tua yang turut setia bersama menunggu di luar pagar dewan itu.Apa yang menarik perhatian saya ia lah cara dia berpakaian , tidak tumpah seperti orang orang PAS dgn jubah dan serban belang putih dan hijau nya.

Dia juga seolah olah perasan saya memerhati kan nya.Entah macam mana dalam berpusu pusu dengan ramai nya orang yang datang bersama rombongan bas tiba tiba saya sudah berada berdiri sebelah nya di bawah sepohon pokok.

Lantas saya bertanya "Pak cik pun tunggu Tun ke?", jwp nya "ia lah nak ooi , sapa lagi " (pelat kedah). kemudian dia sambung cerita seolah olah tahu saya semacam musykil dgn perwatakn PAS nya itu dan terus dia berkata "pak cik ni umuq dah dekat 70 dah, dah undi dekat 5 ka 6 kali tak ingat.Pak cik ni mola dulu tak dak undi sapa dah , undi PAS saja, kambing pakai serban pun pak cik tak soai terus undi PAS." saya tergelak dan dia masih terus serius. Lalu saya bertanya "abih skang macam mana pak cik?"

Dengan cemek muka dia sambung " la ni dah 3 kali dah pak cik undi amno dah tak dak sapa lagi dah, kambing wakil umno pun pak cik pangkah umno jugak" saya pun gelak.
(skang tingal bersama anak di kl)


"kenapa bole tuka pak cik sbb org sokong PAS ni hati dia rendam dlm neraka 3 kali pun hancuk dia PAS jugak?" saya seloroh.

"Cam ni la nak, pak cik tak tau la apa PAS dah buat kat pak cik tp pakcik undi jugak sb depa kata PAS ni Islam,la ni kita orang kampung nak caya sapa lagi kalau bukan imam, toi dak?" kata nya lagi.

Saya angguk."satu hari di mekah, la ni duit sapa lagi kalau bukan anak pak cik, dia kerja baguih di Kl ni, pak cik kat mekah tgh berebut nak masuk (penulis kurang pasti masuk mana sbb bising) orang kulit itam la ni badan besaq tolak pak cik sana sini dah la pak cik badan katun ja kecik, rasa nak mati pun ada, dalam rhimaih tu , tiba tiba askaq arab tu tunjuk kat pak cik , tp dia mcm tunjuk kat beg kecik yg pak cik sandang,pak cik pun tgk la kat beg pak cik , tak sedaq bendera Malaysia, askaq tu jerit "mahathir mahathir" dan sorang askaq lagi tarik pak cik kasi laluan, pak cik pun lepaih, dan terus pi (saya tk pasti tk jelas tmpt taubah ke hajrul aswad ke) lepas solat tu pak cik duduk mengadap kaabah tiba tiba lintaih dlm pale pak cik "mahathir mahathir" sedang dia patut jerit "malaysia malaysia" .Terus pak cik pikiaq 2 anak laki laki pak cik kerja syt madiaq cipta, anak pak cik lgi sorang pi universiti islam madiaq cipta , la ni pakcik duk sokong ntah sapa nama tak da apa apa buat kat pak cik pun, di tempat suci pak cik terbuka hati , la ni tuhan nak tunjuk kot sapa yg ada jasa sapa yg tak dak"

Seren polis pun berbunyi, la ni sapa nama mahathiaq ni dah mai tau ka dia dlm ribuan orang tungu ni ada sorang tua simpan kisah nya tersendiri tanpa sapanama ni tau?.

Chu Lan
Kelab Chedet

8 comments:

  1. Alhamdulillah...nama Tun M memang dikenali rakan & lawan di luar sana & mrk menghormati Tun sbg negarawan ulung. tp di negara ni pembangkang mcm haram duk kutuk2 Tun seolah2 depa yg hebat lebih pada Tun. Memang Allah SWT anugerahkan kita dgn manusia hebat begini yg hanya 1 muncul dlm seratus tahun!! bersyukurlah...

    ReplyDelete
  2. Perjuangan sudah bermula..Ayoh semuanya..sama2x kita pastikan Tanah Berdaulat ini kekal di bawah pemerintahan BN. Ya Allah, Engkau lindungilah Tanah Berdaulat ini dari segala bahaya dan rakus jahat sekutu Dajjal. Semoga namaMU ya Allah, nama Rasul MU dan hak nenek moyang kami terpelihara. AMIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indirectly kau sokong dan setuju dgn perbuatan keji si Lanun Bugis dan penyamun2 nya..

      Delete
  3. Bn pi mampoih...aku sokong mahathir ja...

    ReplyDelete
  4. Betul..aku pernah gi ke Mesir bawak orang melancong tiga/empat kali..ada yang tanya dari mana? aku jawab Malaysia. Tapi depa bukan cakap Malaysia, depa cakap Mahathir! Mahathir!Rasa bangga aku tinggi melangit..memang Mahathir antara Perdana menteri yang terkenal dan tersohor di dunia.Hidup Che Det!!!!

    ReplyDelete
  5. Aku anak kota singa...

    Aku amat mengagumi Tun Sbb Tun lambang kejayaan orang Melayu.

    Gurau sikit... tapi aku suka Lanun Bugis kerana Sbb si Lanun aku boleh belanja 3 kali ganda lebih di Malaysia...

    Korang faham2 saja lah ya... Jgn.marah haaaa..

    Hehehehe

    I Luv and proud of u Tun!!

    ReplyDelete
  6. Rancangan UMNO terkini ingin menyumbat mereka yang berpengaruh dalam parti Bersatu dan Amanah, Rafizi dah berjaya disumbat ke penjara,tinggal lagi 5 Orang untuk disumbat ke penjara. Rancangan UMNO sekarang sebelum pilihan raya mereka dan arahkan Jamal Jamban untuk membuat huru-hara sepanjang kempen pihak Bersatu dan Amanah walau dimana pun kempen itu dibuat. Tempoh hari berkempen akan dipendekkan, undi dari pasukan keselamatan akan berganda dari jumlah sebenar. sekarang Najib berusaha untuk menyekat penyebaran ceramah parti Amanah dan Bersatu di laman sosial dan Youtube. Sekarang Najib akan sedaya upaya menghabiskan duit negara dengan hutang yang berbilion supaya jika dia kalah dalam pilihan raya nanti pemerintah baru akan menanggung semua hutang dan perjanjian yang dia buat. Pihak UMNO akan menggunakan parti PAS sepenuhnya dan akan dijadikan kambing hitam bila keadaan terdesak.

    ReplyDelete