Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, February 21, 2013

[Isu kamera AES] Mahkamah Tinggi putus Majlis Perbandaran Sepang tiada kuasa ke atas PLUS


Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang) tidak mempunyai kuasa ke atas Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).
   
Hakim Datuk Zaleha Yusuf turut membenarkan syarikat pengendali kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) Beta Tegap Sdn Bhd memasang kamera AES di dua lebuh raya itu.
   
Hakim Zaleha berkata Plus dan SKVE berada di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan dan bukannya kerajaan negeri.
   
Pada 19 Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Beta Tegap bagi semakan kehakiman untuk mencabar keputusan MP Sepang yang difailkan 12 Dis lepas.
   
Dalam permohonan itu, Beta Tegap mendakwa MP Sepang, menerusi sepucuk surat bertarikh 19 November tahun lepas, memutuskan syarikat berkenaan perlu memohon kebenaran untuk memasang tiang dan kamera AES di Kilometer 301.7 Lebuhraya Utara Selatan dan Kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan, kedua-duanya di Dengkil, Sepang.
- Bernama

3 comments:

  1. weiii... malu nya MP Sepang... Dah gila kuasa sampaikan lupa terlebih kuasa yang ada...

    ReplyDelete
  2. pasal kamera pun nak masuk court....bukan apa semua mp pakai keta besarrr...klau tak laju tak best laaa...mcm tian chua bawak mercedes langgar orang smpai mati....

    ReplyDelete
  3. Jauhi syaitan yang dikenali. Hindari barisan neraka

    ReplyDelete