Minda Hijrah Headline Animator

Monday, February 4, 2013

[Isu Kalimah Allah] Pendirian PAS berubah-ubah, kata Dr Asri



Antarapos.com - Tindakan PAS enggan membawa ketetapan Majlis Syura Ulama ke peringkat tertinggi Pakatan Rakyat mungkin susulan kekeliruan dalam parti itu berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata pendirian berubah-ubah PAS menimbulkan kecelaruan.
 
“Saya rasa ada kekeliruan pada pendirian PAS dalam masalah itu. Sekejap dia cakap lain, sekejap cakap lain (pula), " kata beliau apabila ditanya sikap dolak-dalih Presiden PAS Abdul Hadi Awang dalam membawa ketetapan Majlis Syura itu kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Pada 13 Januari lalu, Dewan Syura Ulama PAS menegaskan kalimah Allah tidak boleh digunakan sebagai terjemahan 'God' dalam Bible Bahasa Melayu atau kitab bukan Islam lain.

Ketetapan itu dibuat selepas Hadi bersetuju bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Muslim dengan syarat ia tidak menghina Islam.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bingkas mengumumkan pendirian Hadi itu didokong oleh Pakatan Rakyat selepas Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng mengusulkan supaya kalimah Allah diguna dalam Bible Bahasa Melayu di Semenanjung.

Setakat ini Pakatan Rakyat enggan mengiktiraf ketetapan Syura PAS itu. Alasan Anwar ialah Hadi belum merujuk keputusan itu untuk membawanya kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat.


Mengulas lanjut, Asri berkata PAS tidak boleh memaksa mana-mana parti untuk menerima pendirian Majlis Syura.

"Saya tidak fikir keputusan PAS boleh memaksa parti-parti lain di mana keputusan PAS tidak boleh memaksa Umno dan Umno tidak boleh memaksa PAS," ujarnya.

Asri juga menegaskan PAS memerlukan sokongan DAP dan PKR untuk menawan Putrajaya.

“PAS kalau bersendirian, dia tidak mampu. PAS boleh dapat beberapa negeri, tetapi dia tidak boleh menguasai kerajaan Pusat,” kata beliau.

"Dia perlu bergabung, sama ada dengan Umno, atau pun dia bergabung dengan parti-parti lain selain dengan Umno," katanya.

Asri menolak tanggapan mantan Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa bahawa parti itu mampu menerajui politik bersendirian tanpa perlu terikat dengan gabungan Pakatan Rakyat.

Nasharudin berkata PKR dan DAP adalah faktor penghalang kepada PAS untuk mencapai cita-cita politik berlandaskan syiar Islam.

Mohd Asri berkata PAS amat memerlukan gabungan pakatan pembangkang dalam memperjuangkan dan menegakkan syiar Islam seperti mana yang dilaung-laungkan sebelum ini.

"Kalau PAS cakap nak menjelmakan Islam dalam pemerintahan, PAS memerlukan gabungan.

"Bukan sahaja PAS, negara lain, gerakan-gerakan mana dalam dunia ini pun, mereka memerlukan gabungan," tambahnya.

6 comments:

  1. Bapak setan ni nanti kene sembelih dengan penganut hamPAS....


    *Bapak setan- ingat kata Badolamin ostad kaunseling 3 pagi..

    ReplyDelete
  2. yg ckp kt org bapak setan tu, cuba perhati muka die elok2.. aku tgk lg muka bengis cm apa tah, cmne dok kata kt org..da la perangai pon cm setan, dok mengata kt org tp lupa cermin diri sendiri..
    ostad konon..tinggi agama konon..hebat sgt ke smp die taw yg anuar tu imam mahadi?!
    ostad sesat bole la...

    ReplyDelete
  3. Pendirian PAS berubah ubah? Apa beza dgn Dr Asri sendiri?

    ReplyDelete
  4. Pas sepatutnya lebih licik & mengunakan nama Allah & agama Keristian untuk memerangkap Guan Eng & penganut agama kristian di Malaysia . Pas seharusnya mendesak & memimpin penganut keristian supaya patuh kepada ajaran Nabi Isa yang sebenar & berdailog dengan pendirian Islam. Jika Pas tak ada kepakaran dalam kitab Bible , ramai pakar Islam (Melayu) yang pakar dalam kitab Bible & ajaran nabi Isa yang sebenar iaitu ...Seperti yang di tegaskan oleh Jesus dalam Bible ..Baca !

    Mark 12 : 29 Jawab Yesus: "Hukum yang terutama ialah: Dengarlah, hai orang Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa.

    Juga Jelas Nabi Isa tidak pernah mengasaskan agama baru ... dia tidak pernah sebut perkataan Christian pun .!!!! sila baca Mattius 5 :17

    Matius 5 :17 Janganlah kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya. 18 Karena Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi.

    ReplyDelete
  5. Mohd Asri berkata PAS amat memerlukan gabungan pakatan pembangkang dalam memperjuangkan dan menegakkan syiar Islam seperti mana yang dilaung-laungkan sebelum ini.

    "Kalau PAS cakap nak menjelmakan Islam dalam pemerintahan, PAS memerlukan gabungan.

    BENAR, PAS perlu bergabung untuk menegakkan Islam.Tetapi bergabung lah dengan parti orang Islam saperti Umno dan bukan bergabung dengan pakatan dari kumpulan kafirun yang jelas mempunyai ideologi dan matlamat perjuangan yang sangat berbeza dari perjuangan Islam yang sebenar.

    ReplyDelete
  6. sye setuju dgn amri...

    ReplyDelete