Minda Hijrah Headline Animator

Saturday, February 16, 2013

[Hindraf Tau Anwar Ibrahim Kaki Kencing] Uthayakumar tolak janji lisan Anwar

Itu Kg Buah Pala sudah kene tipu, Anwar punya janji mana bleh percaya


Pemimpin Hindraf P Uthayakumar menolak janji lisan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya Pakatan Rakyat akan menyelesaikan masalah masyarakat India dalam masa 100 hari, sebaik sahaja menawan Putrajaya.

Sebaliknya beliau berkata, jika Anwar benar-benar ikhlas, pihaknya perlu memeterai perjanjian bertulis sekaligus mencerminkan kesungguhan parti itu membela nasib masyarakat India di negara ini.

“Kita harapkan Pakatan ikhlaslah untuk membantu untuk melaksanakan tuntutan Hindraf. Kalau betul-betul ikhlas, ‘sign’ sajalah.

“Bagi saya, lisan tak boleh, kita tidak boleh terima secara lisan,” kata Utayakumar yang dihubungi Antarapos.

Uthayakumar menegaskan perjanjian bertulis penting bagi memastikan nasib kaum India tidak terus dimanipulasikan untuk kepentingan mana-mana parti politik, terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangka diadakan selewat-lewatnya April depan.

“Kenapa tak boleh lisan? Kalau macam itu, berkahwin juga secara lisanlah, tak perlu untuk tanda tangan. Mudahlah,” katanya.

Uthayakumar juga berkata masyarakat India sudah lama bersabar dan mereka tidak akan teragak-agak untuk menarik balik sokongan terhadap Pakatan Rakyat.

“Kita sudah pun bersabar sejak lima tahun dulu termasuklah bersabar di negeri-negeri pembangkang, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor, kita sudah terlalu bersabar,” ujar Utayakumar.

Ugutan Uthayakumar itu sudah cukup untuk menggerunkan Anwar dan seluruh jentera politiknya, ditambah lagi dengan perkembangan terbaru yang menyaksikan Kerajaan Persekutuan pada awal bulan ini bertindak menarik balik pengharaman Hindraf.

Anwar pada dialog bersama editor akhbar-akhbar Tamil di Shah Alam semlam berkata Hindraf tidak perlu mendesak Pakatan Rakyat menandatangani sebarang pelan tindakan bersabit janji gagasan itu untuk membantu kaum itu kelak.

"Saya telah nyatakan kita akan bincang dan selesaikan (pelan lima tahun itu) dalam masa 100 hari di Putrajaya.

"Ini bermakna, kita telah bersetuju dengan pelan tindakan itu," kata Anwar.

Antarapos sebelum ini melaporkan Utayakumar sebagai berkata kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR gagal membela masyarakat India.

5 comments:

  1. Hindraf ni xserik2 lagi ditunggangi oleh anwar...balik lah ke pangkal jalan.....

    ReplyDelete
  2. main jubur ngan jantan jambu & memburit ngan china doll mana ada perjanjian bertulis.....pakai janji lisan jer...so Anuar selesa ngan cara itu....memang patut Hindraf nak perjanjian bertulis....takut takut kena main ngan Nuar juburit....

    ReplyDelete
  3. anwar x boleh dipercayai.putar alam

    ReplyDelete
  4. Masih percaya lgi dengan makhluk ini?

    ReplyDelete
  5. hindraf ni kalu ckp bodoh kan terasa lak..dah korang rasa dah pr memerintah selangor,penang n kedah kelantan(india xramai) janji korang tuntut ada mereka tunaikan ker xkan nak dikencing dlm mulut lg oleh anwar bapak segala penipu tu

    ReplyDelete