Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, February 14, 2013

[DAP Ganti PAS] Setuju Anwar Jadi PM, Sejak Bila Karpal, DAP Jadi Jurucakap Suara Akar Umbi Pas?



Kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mendakwa Pas tetap bersetuju menerima Datuk Seri Anwar sebagai Perdana Menteri disifatkan seolah-olah cuba menidakkan suara akar umbi Pas yang jelas mahukan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Pembangkang menguasai kerajaan pada PRU ke 13 ini.
Menurut Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman, kenyataan Karpal itu secara tidak lansung turut  memperlihatkan bahawa Pas bagaikan tidak mempunyai hak untuk bersuara kerana segala keputusan di dalam Pakatan didominasikan oleh DAP.
“Sebenarnya, sudah banyak kali DAP membidas apa juga keputusan dan perlaksanaan baik dari sudut pentadbiran serta politik yang membabitkan Pakatan Pembangkang. Begitu juga dengan soal siapa yang mahu diangkat menjadi PM sekiranya Pakatan berkuasa. DAP jelas tidak menghormati sebarang pendirian Pas dalam pelbagai isu yang timbul hari ini.


“Saya juga yakin sekiranya DAP mengkehendaki Anwar menjadi PM, maka kepimpinan Pas tidak mampu berkata apa. Ini disebabkan senario ketiga-tiga parti di dalam Pakatan Pembangkang, Pas kini dilihat hanya parti pak turut umpama pepatah bagaikan lembu dicucuk hidung.
“Apa saja pendapat serta suara baik dari ahli mahukan kepimpinan tertinggi Pas ditolak sewenang-wenangnya oleh kepimpinan DAP. Apa saja yang cuba dilaksanakan oleh Pas hari ini akan mendapat tentangan DAP. Inilah senario yang dapat kita lihat dalam pakatan pembangkang hari ini,” tegas beliau.
Beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Puchong menegaskan, kenyataan karpal itu secara tidak langsung seolah-olah  mengiyakan bahawa ada gelombang besar dari ahli dan kepimpinan Pas yang menolak Ketua Pembangkang itu untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri.
“Saya tidak menolak kemungkinan hari ini sudah wujud gelombang penolakan Anwar sebagai PM oleh sebahagian besar ahli dan kepimpinan Pas, terutamanya berhubung pendirian Ketua Pembangkang dalam isu kalimah Allah dan isu kenyataannya tentang keselamatan Israel.
“Namun, saya tidak pasti sejauh mana gelombang tersebut mampu untuk mengubah sebarang pendirian pucuk pimpinan Pas kerana kita semua sedia maklum, beberapa kerat kepimpinan Pas hari ini lebih suka mendengar nasihat dan saranan DAP, berbanding ahli sendiri bahkan majlis syura ulama mereka sendiri,” jelasnya.
Tambahnya lagi, sekiranya Pas berterusan menyebelahi DAP daripada mendengar suara akar umbi ahli mereka sendiri, tidak mustahil ramai ahli dan penyokong yang akan beralih sokongan kepada parti lain.
“Hari ini pun, kita boleh lihat sudah ada cawangan-cawangan Pas yang bubar akibat ahli-ahli mereka keluar dari parti kerana tidak bersetuju dengan pendirian dan prinsip perjuangan Pas hari ini.
“Bagi mereka, Pas sudah tersasar jauh apabila mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan DAP dan juga menyebelahi DAP dalam isu kalimah Allah. Saya yakin, lambat laun ahli dan penyokong Pas akan dapat melihat kepincangan kepimpinan Pas yang sudah tersasar dari perjuangan asal mereka selama ini,” tegasnya

2 comments:

  1. sewajarnya macam tu la. Hadi kena akur pada karpal singh dan bukan majlis syuar..majlis syura untuk PAS sahaja bukan untuk pakatan. Hadi kena faham. Ahli PAS wajar ikut arahan karpal singh. harap jangan membantah sebarabg keputusan karpal singh. Hadi patut mengarahkan ahlinya akur kepada keputusan Majlsi presiden pakatan rakyat dan bukan majlis syura. Inagt putrajaya lebih penting lagi.

    ReplyDelete
  2. Saya menyokong sepenuhnya saranan di atas. pas hendaklah akur kepada Majlis Presiden seperti mana dikatakan oleh Azmin Ali. Saya yakin matlamt putrajaya di letakkan dihadapan dan bukannay keputusan majlis syura. Ramai ahli PAS mahukan ke putrajaya dan bukan Majlis Syura. Sewajarnya Anwar Ibrahim layak jadi PM dari hadi kerana beliau lebih berpengalaman dan berpandangan luas. Kepada semu ahli pas termasuk majlis syura, sila ikut nasihat hadi awang dan karpal singh. PUTRAJAYA ADALAH MATLAMAT KAMI.

    ReplyDelete