Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, February 6, 2013

Bapa Guna Duit BR1M Rawat Anak Sakit Talasemia #JanjiDitepati @NajibRazak



Bagi Samor Kulali, wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 yang diterimanya sungguh bermakna kerana dapat menampung kos rawatan anak perempuannya yang menghidap talasemia.
Samor, 51, berkata anaknya yang berusia 21 tahun itu disahkan menghidap talasemia ketika berusia lapan bulan dan memerlukannya menjalani prosedur menambah darah setiap bulan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

"Saya sangat menghargai bantuan kerajaan ini dapat membantu mengurangkan beban untuk kos perbelanjaan rawatan anak perempuan saya," katanya kepada Bernama selepas Penyampaian BR1M 2.0 oleh Anggota Parlimen Beluran Datuk Ronald Kiandee dan Anggota Dewan Undangan Negeri Labuk Datuk Michael Asang.di sini hari ini.

Bapa kepada tujuh anak yang berasal dari Kampung Simpang Entilibon, Telupid itu berkata kos membawa anak keempatnya ke hospital agak tinggi bagi orang kampung sepertinya.

Seorang lagi penerima Boning Samad, 56, dari Kampung Rampik, berkata wang itu akan diguna untuk menampung perbelanjaan persekolahan tiga anaknya.

Terima kasih kerajaan kerana memberi BR1M kali kedua, katanya.    

Sementara itu Kiandee dalam ucapannya, berkata 7,450 orang di kawasan Parlimen Beluran layak menerima bantuan berkenaan.

Pemberian BR1M 2.0 ini merupakan bukti keperihatinan kerajaan selaras dengan amalan 'Janji Ditepati', katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment