Minda Hijrah Headline Animator

Monday, February 18, 2013

Apabila PAS terbelit dengan kaedah Tahluf Siyasi - Bahagian 2



PAS tak bincang siapa PM Pakatan
 
Lantas tanpa perlu berbohong atau bersikap hipokrit Haron Din dengan tegas menafikan bahawa Majlis Syura Ulama ada membincangkan isu tidak mahu Anwar jadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat menang. Ini kerana itu mungkin adalah satu hakikat dan kebenaran. 
 
Namun Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sendiri yang mendedahkan bahawa antara isu yang diperbincangkan oleh Anwar dan Dr Haron Din ialah soal kalimah. Natijahnya adalah jelas, jika Dr Haron masih terus mendakwahkan nas dan hujah kenapa kalimah Allah adalah hak eksklusif umat Islam, bererti beliau “tidak makan” pujukan Anwar. 
 
Kepentingan Anwar ialah untuk “menghalalkan” pendirian Pakatan Rakyat iaitu PKR, DAP dan PAS bahawa tiada larangan agama terhadap penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam. 
 
Beliau mahu ketetapan yang dibuat pada 2010 itu kekal. Jika PKR tiada masalah dengan ketetapan itu dan DAP (lebih-lebih lagi) demikian, maka tinggal persetujuan PAS amat diperlukan supaya pendirian bersama Pakatan Rakyat (termasuk DAP yang alergik Islam) itu halal di mata umat Islam dan bukan Islam!
 
Datuk Dr Haron Din dan Datuk Harun Taib serta Ustaz Taib Azmuddin menentangnya sejak isu ini mula diperdebatkan sejak 2010 lagi. Video yang menunjukkan penentangan mereka masih tersimpan dalam arkib Youtube. 
 
Namun Anwar dapat meredakan isu itu seketika dengan memesongkan perhatian rakyat kepada isu-isu politik lebih besar seperti kes Altantuya, kemudian kes National Feedlot Corporation (NFC) dan sebagainya. 
 
Bagaimanapun apabila isu ini dijolok sekali lagi oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 24 Disember, Datuk Haron Din dan Datuk Harun Taib tidak lagi mahu beralah. Diplomasi Anwar menemui Datuk Haron Din di rumahnya pada 4 Februari 2013 gagal. Haron Din tetap tegas. 
 
Umat Islam khususnya ahli PAS perlu nilai kredibiliti Anwar
 
Kini terpulang kepada umat Islam, khususnya ahli PAS untuk menimbangkan kredibiliti Anwar Ibrahim yang cuba mempengaruhi dan meyakinkan Datuk Haron Din dan kawan-kawannya dalam Majlis Syura bahawa atas nama strategi politik atau tahluf siyasi, mereka perlu bersikap lembut dan memendamkan isu ini sehingga Pakatan Rakyat berhasil menawan Putrajaya. 
 
Gelagat Haron Din mengisyaratkan perkara itu tidak mungkin. Beliau dan kawan-kawan yang sealiran pemikirannya mungkin tidak pernah terfikir mahu “mengugut” Anwar tidak boleh diangkat menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
 
Yang pasti, Haron Din dan majoriti ahli Majlis Syura Ulama PAS tidak mahu menggadai iman atas alasan tahluf siyasi dan menghalalkan kalimah Allah diguna dalam Bible bahasa Melayu dengan memendamkan ketetapan itu sehingga selesai pilihan raya umum ke-13.
 
Jika sekarang, DAP tidak boleh dijinakkan dan berlembut dalam isu hudud, Negara Islam dan tuntutan kalimah Allah jangan digunakan dalam Bible bahasa Melayu, apakah jaminannya ia akan bersetuju apabila Pakatan Rakyat memerintah kelak. Berhati-hatilah PAS dalam menggunakan alasan tahluf siyasi. Ia mungkin memerangkap iman sendiri, pada neraca Allah.   

Apabila PAS terbelit dengan kaedah Tahluf Siyasi - Bahagian 1


1 comment:

  1. apakah pendirian rasmi UMNO tentang kalimah Allah, minta pencerahan, tk

    ReplyDelete