Gambarajah di atas dari pusat penyelidikan cuaca menunjukkan kedudukan Sonamu yang sudah semakin dekat dengan Terengganu. Pada waktu ia mula-mula kelihatan, Sonamu dijangkakan akan bergerak terus menuju ke pantai timur Malaysia, tetapi keesokkanya kedudukan tersebut dijangka berubah ke Thailand.
Di dalam peta di atas dapat kita melihat laluan Sonamu betul betul tepat ke arah Marang dan Dungun, kemudiannya di jangka melencong ke selatan.
Mulai semalam pusat ramalan cuaca meramalkan Sonamu akan turun ke selatan laut China Selatan apabila ia sudah hampir dengan Malaysia. Walaupun Sonamu dijangka tidak akan menjejaki tanah air kita, Sonamu tetap akan membawa hujan lebat kerana sekarang ini ia bergerak dalam kelajuan 60-100km/h .
Jabatan Metereologi Malaysia menjangkakan hujan lebat peringkat kuning akan bermula esok bermula dari pukul 7.10 ptg sehingga ke hari rabu. Tropical Storm Sonamu telah menyebabkan satu kematian dan 500 kehilangan tempat duduk di Filipina.
Laporan terkini boleh diperolehi di Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia
No comments:
Post a Comment