Minda Hijrah Headline Animator

Saturday, January 26, 2013

[Pakatan TIPU Rakyat] Lagi laporan dakwa penipuan dalam pemilihan DAP


Antarapos.com - Isu keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP baru-baru ini, kelihatan tidak berkesudahan dengan hari ini DAP Cawangan Desa Dahlia, Senawang membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) di sini berhubung apa didakwa sebagai penipuan terhadap sistem demokrasi.

Laporan itu dibuat pengerusi DAP cawangan itu Richard Francis dan naib pengerusinya Jesu Dason kepada Pegawai Pendaftar ROS Zainor Shida Arshad.

Pada sidang akhbar selepas membuat laporan itu, Richard mendakwa pemilihan itu jelas menunjukkan ada amalan ala kuku besi atau autokratik dalam parti berkenaan.

"Jika benar parti DAP menggunakan nama Democratic Action Party (DAP) sebagai prinsip perjuangan mereka, sepatutnya ia diamalkan secara telus ketika berlangsungnya pemilihan parti tersebut.

"Saya adalah perwakilan yang mengundi pada pemilihan itu di Pulau Pinang. Saya sedih apabila mendapati kaum saya, masyarakat India kurang mendapat tempat dalam parti berkenaan. Eloklah DAP itu diubah kepada `Autocratic Action Party' atau AAP," katanya.

Richard berkata DAP seharusnya menghapuskan amalan nepotisme dan memberi peluang kepada pemimpin baharu menguruskan parti dan mengesyorkan pemilihan CEC diadakan semula bagi menunjukkan parti itu mengamalkan demokrasi.

"DAP asyik menyebut perihal bersih di luar parti, sedangkan rumah sendiri kotor. Bersihkan rumah kita dahulu, baru negara.

"Jika kepimpinan tinggi DAP masih enggan mengadakan pemilihan semula CEC, usahlah bercakap soal demokrasi dalam DAP, ubahlah nama DAP kepada AAP. Jika benar parti ini mengamalkan demokrasi, buatlah pemilihan semula," katanya yang telah menyertai parti itu sejak lapan tahun lalu.

Beliau berkata laporan yang dibuat hari ini bukan bersifat peribadi sebaliknya atas kemahuan ahli akar umbi dan beliau sedia menerima tindakan disiplin daripada parti termasuk kemungkinan disingkir dari parti.

"Sebelum membuat laporan kepada ROS, saya telah berbincang dengan ahli dan mereka bersetuju dengan tindakan ini," katanya.

No comments:

Post a Comment