Minda Hijrah Headline Animator

Friday, January 25, 2013

[Pakatan Temberang] Zahid Hamidi Fail Saman Fitnah terhadap Rafizi Ramli



Antarapos.com - Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli berhubung satu artikel di dalam laman blog.

Ahmad Zahid memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Mengikut pernyataan tuntutan, Dr Ahmad Zahid mendakwa Mohd Rafizi (defendan) menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom.

Ahmad Zahid mendakwa artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam.




Katanya Rafizi mengetahui kesan langsung penerbitan artikel tersebut yang membolehkan ia diterbit semula oleh pihak media termasuk media di laman Internet.

Ahmad Zahid turut mendakwa perkataan yang terkandung dalam artikel tersebut membawa maksud bahawa beliau tidak kompeten untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan, menyalah guna kuasa, tidak bertanggungjawap, menyalah guna wang rakyat dan pecah amanah.

Beliau mendakwa tujuan sebenar Rafizi berbuat demikian adalah untuk melupuskan keyakinan orang awam dan gabungan Barian Nasional terhadapnya terutama dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari.

Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya.

Turut dituntut ialah faedah empat peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos dan relif lain.

3 comments:

  1. At least...ada juga orang yg teguh dan tegas dalam kebenaran..
    Sekalong bunga dan Syabas untuk Datuk Seri...

    Inilah cara yg tepat dan sesuai ... menghadapi fitna..

    Yg lain lain tu... apa lagi...

    ReplyDelete
  2. ya allah ya tuhanku... aku suka sgt binawe tu diheret ke mahkmah angkara pembawa fitnah...tengok pd mukanya ..ada menyerupai muka dajjal...andai nya dajjal ni bertanding..maaf ckap..tobat lahoom aku tak bg undi pun....

    ReplyDelete
  3. saman jangan tak saman dato seri. Orang macam ni memang kena ajar. Rafizi ni takde kerja sebenarnya, asyik cari populariti jea. Dia berangan nak jadi YB. Macam boss dia juga perangainya. Berangan nak jadi PM.

    ReplyDelete