Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, January 15, 2013

[Pakatan Munafikin] Mat Sabu Tukar Pendirian, Setuju Dengan Keputusan Majlis Syura PAS



Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, menukar pendiriannya bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS iaitu Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata pendiriannya kini adalah sama dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS.
“Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura (Ulama PAS),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat PAS Kota Baharu di sini, malam tadi.
Pada 4 Januari lalu, Mat Sabu seperti dilaporkan Malaysian Insider berkata pendiriannya sama dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sebagai rujukan kepada tuhan.
“Presiden PAS (Abdul Hadi Awang) pernah keluarkan kenyataan pada tahun 2010 untuk tidak melarang penganut agama selain Islam untuk menggunakan kalimah Allah.
“PAS masih kekal dengan pendirian itu,” katanya.
Kenyataan Mat Sabu itu disambut positif oleh Bishop Jesuit Gereja terlatih, Dr Paul Tan Chee Ing yang melahirkan rasa kelegaan dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS itu untuk membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah menggantikan Tuhan.
“Jaminan Timbalan Presiden PAS (bahawa partinya masih) kekal dengan pendiriannya tiga tahun lalu (2010) sungguh melegakan.
“Kami menghormati pendiriannya yang konsisten dan mengagumi keberaniannya serta mengalu-alukan beliau sebagai rakan kebenaran yang ikhlas,” katanya.
Kelegaan Bishop Paul kerana keberanian Timbalan Presiden PAS membidas hujah rakan sejawat parti yang lebih rendah kedudukan, Tuan Man Tuan Ibrahim, Ketua Penerangan.
“Jaminan Mohamad Sabu bahawa PAS masih mengekalkan pendirian tiga tahun lalu adalah bantuan yang besar,” kata Bishop Tan.

7 comments:

  1. ceh! Mat Sabu main Sabun...baru kena gempaq sikit dah gelabah puyuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. geram ketap gigi bro. tunggu masa geng dia semua duk dalam majlis syura baru dia boleh berkuasa

      Delete
  2. org mcm ni senang jadi tali barut... musuh2 negara akan cari dia dulu... berhati-hatilah, walau kesilapan kita hanya sesaat, ia menyebabkan risiko yang tiada kesudahannya pada negara. Perlembagaan Persekutuan kita sedang diteropong dan tunggu masa je nak diambik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe kalau komunis diangkat jadi hero & Polis Bukit Kepong dikatakan barua British, Rakyat wajar wajib tolak pemimpin begini :)

      Delete
  3. This Mat Sabu is an idiot. He has no brain. He is unable to differentiate between a right and a wrong. Most of the time he is acting like a BAS_ _ _ D.

    ReplyDelete
  4. Boleh u turn pulak buat keputusan dalam perkara besar macam ni, kalau isu agama pun boleh main sorong tarik, macam mana pulak kalau isu bangsa, mungkin sorong tak tarik tarik terus, itupun ada hati nak jadi pemimpin negara, pimpin parti pun kucar kacir, itulah akibatnya menggunakan agama untuk politik, hura hara jadinya.

    ReplyDelete