Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, January 2, 2013

[Pakatan Munafik GAGAL] 5,500 belia daftar rebat telefon pintar


Hampir 5,500 orang belia yang berumur dari 21 hingga 30 tahun telah mendaftar setakat 7 malam tadi untuk mendapatkan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) untuk pembelian telefon pintar peringkat permulaan pada hari pertama pendaftarannya dibuka.

Bilangan pendaftaran terus meningkat ketika kenyataan ini dikeluarkan. Skim PKB dilaksanakan tujuh syarikat telekomunikasi iaitu Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications dengan koordinasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Kami bersyukur dan gembira dengan sokongan yang diberikan orang ramai terhadap skim ini. Sambutan menggalakkan ini menunjukkan bahawa masyarakat, khususnya golongan belia, bersedia bergerak dalam zaman ICT dan menerima baik perkembangan teknologi dunia internet,” kata Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi.

Beliau berkata, kesan daripada sambutan yang menggalakkan itu, laman sesawang PKB iaitu komunikasibelia.skmm.gov.my dan nbi.skmm.gov.my telah mengalami sedikit gangguan kesesakan sejak ianya dibuka mulai 7 pagi tadi.

SKMM meminta orang ramai yang masih mencuba untuk mengakses laman sesawang berkenaan agar bersabar untuk sedikit masa lagi.

Masalah itu sedang ditangani oleh pasukan teknikal dan SKMM amat menghargai kesabaran orang ramai dan memohon maaf di atas kesulitan yang dialami.

Pendaftaran di bawah Pakej Komunikasi Belia dan skim Get Malaysian Business Online boleh dilakukan secara online dari 7 pagi hingga 11 malam.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh hubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum.

SKMM juga ingin memaklumkan bahawa pihak penyedia perkhidmatan masih mengemaskinikan model-model telefon pintar dan senarai ejen-ejen mereka di laman sesawang masing-masing. Setakat ini terdapat lebih 20 jenis telefon pintar 3G yang ditawarkan.

Syarikat penyedia perkhidmatan yang melaksanakan skim ini telah komited untuk terus menambahbaik pilihan model telefon pintar dari semasa ke semasa dengan menawarkannya pada paras dan harga yang kompetitif seperti yang telah diumumkan sebelum ini.

Belia yang telah berdaftar juga dinasihatkan untuk membuat pilihan dengan bijak, meninjau pasaran terlebih dahulu dan membeli peranti pilihan berdasarkan tahap kemampuan masing-masing.

Senarai telefon pintar (mengikut abjad) yang akan ditawarkan adalah seperti berikut:

Alcatel 993D
Alcatel OneTouch Glory 2
Alcatel OneTouch Inspire 2
Blackberry Torch 9800
The Buzz Phone
HTC Wildfire
HTC Wildfire S
Huawei Ideos X3
LG Optimus L3
LG L3 E400
LG L3 E405
Motorola XT311
Ninetology Black Pearl II
Ninetology Palette
Nokia Asha 311
Nokia Lumia 610
Samsung Galaxy Chat
Samsung Galaxy Mini
Samsung Galaxy Pocket
Samsung Galaxy Y
Samsung Galaxy Y Duos
Sony Xperia Tipo Dual
Sony Xperia Tipo Single
ZTE Acqua
ZTE V790

No comments:

Post a Comment