Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, January 29, 2013

[Pakatan Jual Islam] Nasha dan Umno musuh PAS, kata Nakhaie



Antarapos.com - Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad mendakwa pemimpin PAS rata-rata memusuhi mana-mana individu yang mempunyai hubungan rapat dengan kepimpinan Umno termasuk ahlinya sendiri.
 
Katanya pemecatan Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama sebagai tindak balas terhadap perilaku bekas Timbalan Presiden PAS itu yang sering dilihat menyertai aktiviti bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Sikap condong ke arah kerajaan kata Nakhaie dianggap seolah-olah melanggar prinsip parti Islam itu.
 
"PAS ni memang tidak boleh berkawan dengan orang lain. Dengan DAP, dengan PKR, boleh kawan, dengan sesiapa pun dia boleh kawan, melainkan Umno.
 
"Siapa ikut Umno, langgar disiplin dia, itu musuh dia, itu pegangan PAS. Barangkali dalam tatatertib PAS, siapa ikut Umno, walau tak masuk Umno, musuh dia (PAS)," katanya ketika dihubungiAntarapos.


Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan pada mesyuarat 13 Januari lalu untuk melucutkan keanggotaan Nasharudin dengan alasan tidak hadir ke mesyuarat tiga kali berturut-turut selain kenyataannya yang sering bercanggah dengan pendirian parti.
 
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
Ahli Parlimen Bachok itu dalam satu kenyataannya semalam berkata beliau tidak dimaklumkan oleh parti mengenai keputusan itu sebaliknya hanya mengetahui melalui media.
 
Beliau berkata Majlis Syura berhak untuk membuat sebarang keputusan terhadap keanggotaannya selain menegaskan bahawa beliau akan terus mendampingi mana-mana pihak yang konsisten memperjuangkan Islam.
 
Nik Aziz semalam dilaporkan berkata Nasharudin tidak tersenarai sebagai calon PAS dalam pilihan raya umum tidak lama lagi.
 
Mengulas mengenai perkara itu Nakhaie berkata keputusan tersebut telah dijangka.
 
"Dah jauh dari kepimpinan, dah tidak kawan (bersama) dengan pemimpin PAS, bersama pemimpin Umno sahaja, macam mana akan dicalonkan dalam PAS pula?," soal beliau.
 
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dalam satu kenyataan semalam berkata Nasharudin bakal menerima nasib seperti beliau sambil menunggu masa untuk dipecat memandangkan kedudukannya sebagai ahli biasa kini dilihat lemah.
 
"Saya yakin selepas ini Ustaz Nasharudin akan menerima nasib yang sama seperti saya iaitu dipecat daripada menjadi ahli PAS."

No comments:

Post a Comment