Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, January 27, 2013

[Pakatan Jual Islam] Kalimah Allah: Putrajaya bebas bertindak jika PR degil - kata Majlis Syura Pas



Antarapos.com - Majlis Syura Ulama PAS menyerahkan kepada kerajaan pusat bagi mengambil sebarang tindakan terhadap Pakatan Rakyat kerana masih mahukan membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah secara bebas.
Mengumumkan ketetapan mengejut itu, Ketua Syura PAS, Datuk Harun Taib berkata badan itu sudah pun tegas menyatakan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan sebagai terjemahan daripada perkataan God dalam Bible Bahasa Malaysia atau kitab bukan Islam yang lain.
 
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Rakyat hanya mengguna pakai perakuan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Muslim asalkan tidak menghina Islam.

Anwar menuding jari kepada kegagalan Hadi membawa ketetapan Majlis Syura PAS pada 13 Januari kepada perhatian Pakatan Rakyat sebagai alasan pakatan itu tidak dapat mendokong keputusan badan ulama itu.
 
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tidak bangkit persoalan Jawatankuasa PAS Pusat dan Hadi mempunyai pendirian berlainan dengan Majlis Syura. Beliau berkata ketetapan Majlis Syura itu adalah pendirian rasmi PAS.
 
Harun pula berkata keputusan Majlis Syura itu, yang bercanggah dengan apa yang dituntut oleh DAP, adalah muktamad dan terpulang kepada Pakatan Rakyat jika mahu membelakangkan badan ulama itu.
 
“Majlis Syura Ulama PAS tidak akan menarik balik atau berbincang apa-apa lagi mengenai isu ini. Ia melibatkan akidah, bukan sesuatu yang boleh mendapat kelonggaran,” tegas beliau.
 
“Kalaupun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu meneruskan, ia terpulang kepada beliau, kerana kami berlainan parti,” katanya.
 
Harun berkata PAS tidak akan berkompromi dalam soal agama manakala kerjasama parti itu dengan DAP dan PKR hanya dalam bidang politik.
 
Justeru, jika Pakatan Rakyat mengusulkan Kalimah Allah bebas dipakai oleh bukan Muslim, ia menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat untuk mengambil tindakan selanjutnya, kata Haron.
 
“Kerjasama (dalam Pakatan Rakyat) ini tidak sekali-kali melibatkan soal agama. Agenda kerjasama ini tidak lain kepada PRU13 semata-mata. Kalau mereka (PR) tegas nak guna juga, kerajaan Pusat menerusi Kementerian Dalam Negeri ada peranannya sendiri,” beliau dipetik berkata oleh Sinar Harian.
 
Tindakan Pakatan Rakyat “menghalalkan” penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam berpaksi kepada tuntutan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Beliau mahukan kalimah itu diguna dalam Bible Bahasa Malaysia di Semenanjung.
 
Pemerhati politik melihat keputusan Pakatan Rakyat untuk bersetuju dengan tuntutan Guan Eng itu sebagai usaha mencari sokongan penganut Krisitian di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
 
Kira-kira 40 peratus penduduk di Sarawak dan lebih 30 peratus di Sabah adalah penganut Kristian yang menjadi sasaran DAP dan PKR untuk memenangi pilihanraya umum ke 13.
 
Keputusan Majlis Syura PAS, jika didokong oleh Pakatan Rakyat, dilihat akan memberi kesan kepada cubaan pembangkang untuk memenangi dua negeri itu di samping meminggirkan sokongan Kristian di Semenanjung.
 
Ketua Penerangan PKR Dr Muhammad Nur Manuty enggan mengulas mengenai isu itu apabila dihubungi oleh antarapos.
 
“Noktah. 'Full Stop', saya tak nak komen,” kata beliau

10 comments:

  1. Kami penganut kristian sbh/swk sedikit pun tidak teruja bila isu tersebut dipolitikkan.kami sedar pemimpin politik yg sengaja membangkitkan isu tersebut hanya nak melihat negara kita huru hara. Kami tdk pernah peduli pun dan mazhab kristian terbesar di swk tidak mgunakan kalimah Allah.
    Minta dihentikan segera krn kami tahu dan sedar sifat dan sikap pemimpin politik yg asyik memainkan isu ini.Mrk hanya pentingkan diri tanpa peduli nasib rakyat.AKHIR KATA..HENTIKANLAH..KAMI TAK PEDULI PUN..DAN BERHARAP PERPADUAN DAN KEAMANAN DPD KERAJAAN YG SEDIA ADA.NAK SOKONG MRK?..DALAM AGAMA KAMI PUN MENGHARAMKAN LGBT..JADI! BOLEH PERCAYAKAH PEMIMPIN YG PANDAI BERLAKON..?KAMI TOLAK LGBT DAN ORG YG MENYOKONGNYA..KAMI TURUT MENOLAK ISU SENSITIF YG SENGAJA DIMAINKAN OLEH MRK..KAMI ADA AKAL DAN TIDAK SEDUNGU MRK.HENTIKAN..SEBELUM KAMI MAKIN MEMBENCI DAN MENOLAK ANDA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SOKONG.JANGAN POLITIKKAN ISU AGAMA.KAMI DI SARAWAK TIDAK TERUJA DAN PERCAYALAH...TAK HANGAT LANGSUNG ISU TETSEBUT KRN KAMI DI SWK SAYANGKAN KEAMANAN DAN TOLERANSI AGAMA.
      MAZHAB KAMI TAK PAKAI KALIMAH ALLAH DAN TIDAK MGKIN MGUNAKANNYA KRN PERCAYA ISLAM LBH LAYAK MGUNAKANNYA.KLU ORG ISLAM TAKUT PENGANUTNYA KELIRU..APATAH LAGI KAMI..HENTIKANLAH..

      Delete
  2. setuju dengan anda. isu begini hanya memecahbelahkan perpaduan yang erat antara rakya, terutamanya di sabah dan sarawak. TOLAK PEMIMPIN YANG MEMPERDAGANG KEMAKMURAN DEMI CITA-CITA POLITIK!

    ReplyDelete
  3. Terima kasih sahabat2 di sabah dan sarawak.... Walaupon berlainan agama tapi kena hormat menghormati

    ReplyDelete
  4. korang kene perambat anwar bila dia jejak kaki di airport kucing.... jgn benarkan makhlok perosak tu merosakkan sarawak...

    ReplyDelete
  5. We are Malaysian. No matter who we are. Proud to be Malaysian and we want BN in the 13th GE

    ReplyDelete
  6. Semoga perpaduan antara semua kaum kekal,,,pada pbgkang,,,jangan mempergunakan isu agama utk politik,,kami rakyat tidak buta,,,pmbgkang cuma tahu buat rusuhan jalanan,tidak lgsung mjaga kebajikan rakyat,

    ReplyDelete
  7. Bila dah tak boleh bersetuju, suruh Putrajaya ambil tindakan? Sewel tahap gaban puak puak ni! Dia ingat Putrajaya tu PKR punya?

    ReplyDelete
  8. kenapa begitu lemah sekali kenyataan yang dikeluArkan oleh majlis syura? kalau dah tahu PKR engkar dan mahu menggunakan kalimah allah untuk orang kristian, kenapa majlis syura tidak mahu menasihati presiden supaya keluar dari pakatan? adakah ini terlalu berat unutk dikatakan? tetapi boleh pu[lak suruh kerajan pusat ambil tindakan? keRajaan kelantan dok buat apa? MAHA FIRAUN nik aziz tu dah buta mata ker atau dah dipekakkan telinganya? YANG MEMBELA PERPADUAN ISLAM DIPECAT tetapi peliwat dan penzinA di agungkan? patut lah rakyat kata majlis SYORU....

    ReplyDelete