Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, January 10, 2013

Keahlian Isa Samad dalam KPF terbatal

Mahkamah tinggi di sini, semalam, memutuskan keahlian Presiden Felda, Tan Sri Isa Samad sebagai ahli dalam Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd (KPF) terbatal dan tidak sah.

Hakim, Datuk Zaleha Yusof memutuskan demikian, selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman empat peneroka Felda Jengka di Pahang, yang memohon perintah deklarasi dan pengisytiharan bahawa keputusan atau perintah yang diberikan Panel Pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Jun tahun lalu.

Mahkamah turut mengeluarkan perintah mandamus (memaksa pihak berkuasa mematuhi perintah mahkamah) bagi mengarahkan KPF membatalkan keanggotaan Mohd Isa sebagai ahli KPF dengan kos RM3,000.

Mahkamah berpendapat, terdapat kesilapan dalam keputusan SKM yang mengekalkan keahlian Mohd Isa sebagai ahli KPF sedangkan beliau sememangnya tidak mempunyai hak untuk menjadi ahli koperasi sejak awal lagi.

Peguam yang mewakili empat peneroka itu, Mohamad Hanipa Maidin berkata, mahkamah bersetuju bahawa keputusan dibuat suruhanjaya tersebut adalah tidak wajar dan diberikan perintah mandamus untuk keahlian Isa dibatalkan.

"Beliau (Mohd Isa) tidak layak menjadi Pengerusi KPF selepas keahlian sebagai ahli KPF terbatal, atau dalam erti kata lain, beliau tidak boleh menjadi Pengerusi KPF seperti yang dicadangkan sebelum ini," katanya kepada media.

Beliau berkata, dalam permohonan mereka tegaskan hanya peneroka felda, isteri, anak, serta pekerja tetap Felda layak jadi ahli koperasi itu.

Pada 12 Jun tahun lalu, keempat-empat peneroka itu menfailkan permohonan di mahkamah tersebut bagi memohon deklarasi bahawa keputusan responden pertama dan kedua iaitu Panel Pertikaian SKM, SKM, bertarikh 23 Mei lalu, yang mengekalkan keanggotaan Mohd Isa adalah tidak sah, terbatal dan tidak punyai apa-apa kesan.

Empat peneroka tersebut adalah Abdul Talib Ali; Abdul Mubin Abdul Rahman; Abdul Razak Mohammad; dan Muhamad Noor Atan.

Mereka juga memohon mahkamah membatalkan keputusan itu dan perintah mandamus supaya KPF membatalkan keanggotaan Mohd Isa dalam KPF.

Pemohon mendakwa berdasarkan Peraturan 11(1)(c) yang dibaca bersama Peraturan 2 Undang-Undang Kecil KPF, Mohd Isa tidak layak menganggotai KPF kerana beliau bukan kakitangan yang dilantik secara tetap oleh Felda.

Mereka berkata, Mohd Isa adalah Pengerusi Felda yang dilantik secara kontrak dan Adun Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

6 comments:

  1. bolih linkan ka?

    Terima kasih.

    mat ell

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah....tuhan masih sayangkan ahli2 KPF...kalau tidak habislah lubuk emas tersebut!!!!

    ReplyDelete
  3. Mengaku pulak KPF tu lubuk Emas...Cubalah kalau berani lantik Mat Sabu jadi Pengerusi..tengok berapa lama boleh bertahan kalau tak LINGKUP terus....

    ReplyDelete
  4. Lantikan untuk jadi Pengerusi dan lain-lain jawatan mestilah terdiri dari ahli KPF sendiri. Tan Sri Isa dan Mat Sabu tu ahli KPF ker...jangan jadi "Bingai"

    ReplyDelete
  5. Cuba tengok dengan apa yang terjadi di Kulim Hi-Tech. Makin teruk. Banyak company dah mula kong ka li kong... Tahniah PAS...

    ReplyDelete
  6. Elok jgk dia mmg tak layak pun
    jd ahli kpf.klu takkk....abis la duit kpf disapu bersihhhhh

    ReplyDelete