Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, January 1, 2013

[Gilo Glamer] Nik Aziz Pun Mahu Muncul di TV kah ! kah! kah!



Antarapos.com  - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau juga layak untuk tampil di kaca tv bagi memberi penjelasan tentang perjuangan PAS.

Malah beliau bersedia pada bila-bila masa bagi menerangkan perjuangan sebenar PAS yang sering ditohmah tersasar dari landasannya.

“Kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW wajib menyebarkan kebenaran kepada setiap umat di dunia tidak kira Islam atau sebaliknya, jadi sesungguhnya sebagai negara demokrasi kerajaan perlu memberi peluang kepada Pas untuk memberi penjelasan kepada rakyat,” katanya.

Terdahulu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, meminta agar diberikan peluang untuk menjelaskan isu 'Amanat Hadi' di RTM dan TV3, secara langsung.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim dalam kenyataannya berkata, pihaknya tiada masalah untuk menyiarkan penjelasan Abdul Hadi namun ia perlu dibuat secara rakaman dan bergantung terhadap pertimbangan RTM sama ada sesuai dijadikan bahan berita atau sebaliknya.

Nik Aziz berkata, kerajaan BN perlu memberi peluang sama rata dan adil kepada semua pihak bagi menegakkan kebenaran.

“Saya menyokong penuh kewibawaan Hadi yang bersedia menjelaskan amanatnya di televisyen, namun ia perlu disiarkan secara langsung dan bukannya rakaman seperti kenyataan Rais.

“Susah apa jika disiarkan secara langsung, negeri kita demokrasi, harta benda kerajaan menjadi hak semua jika cukup umur. Dia (Hadi) merupakan lulusan universiti, pernah jadi wakil rakyat dan Menteri Besar Terengganu, jadi beliau mempunyai hak untuk bersuara,” katanya.

Nik Aziz berkata, adalah sesuatu yang menyedihkan apabila isu demikian gagal diselesaikan oleh bangsa Melayu-Islam sendiri sekali gus membantut usaha untuk berdakwa kepada bangsa lain.

“Perkara ini perlu difikirkan secara rasional dan sebagai negara demokrasi kita juga berhak bersuara, jangan jadi seperti negara diktator,” katanya.

2 comments:

  1. Nik Aziz berkata, adalah sesuatu yang menyedihkan apabila isu demikian gagal diselesaikan oleh bangsa Melayu-Islam sendiri sekali gus membantut usaha untuk berdakwa kepada bangsa lain.

    .................................................

    sapa yg start isu ni pok nik??? bukan ke org ko sendiri yg start.....beratus tahun umat islam di tanah jawi ni hidup aman damai....

    ReplyDelete
  2. Dia ni...tak perlu untuk siaran TV...sebab apa yg dikata...dah lama ditolak umum. Saja dia..tak nak kalah dgn Hj Hadi..yg jadi tumpuan...

    Nak tumpang sekaki... tapi bila bekas Ulama Pas ajak berdailog ..dia lari sembunyi...dah perangai suka mengacah acah..dari dulu lagi..last minit cancel sebab kekurangan disiplin Ilmu yg benar..

    Apakata RTM siar dia berdailog dgn bekas Ulama Pas..tentu dia kecut semacam..

    ReplyDelete