Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, January 3, 2013

Dr Asri (MAZA) TIDAK SETUJU dengan Amanat Haji Hadi

1. Gerombolan pencacai Regim Pakatan Pembangkang nampaknya bertungkus lumus mempertahankan Amanat Haji Hadi yang telah banyak membawa pecah belah masyarakat Islam sejak ianya menjadi pegangan mereka. Sehingga ada yang sanggup kafirkan ayah sendiri

2. Pelbagai cara dilakukan sehingga sanggup menjatuhkan maruah pemimpin UMNO dengan serangan FITNAH & PENDUSTAAN.

3. Namun ramai dikalangan ulama' termasuk Dr Asri sendiri MENOLAK & TIDAK BERSETUJU dengan Amanat Haji Hadi.

4. Yang menyokong Amanat Haji Hadi hanya dikalangan pimpinan chauvinis DAP dan sosialis PKR.

5. Setiap undi anda kepada PAS hanya mendekatkan DAP untuk menguasai bumi Malaysia ini. Jangan biarkan ianya berlaku,

15 comments:

  1. Satu pangkahi untuk dap atau pas adalah satu tapak menghampiri kehancuran Islam dan melayu di Malaysia. Pkr? Kita tak perlu pangkah pkr, geng2 dia suka pangkah bini orang.

    ReplyDelete
  2. Amanat Hj Hadi tidak salah.Jika pun berlaku perpecahan dan sebagainya adalah disebabkan kejahilan atau ketaksuban membabi buta pengikut.Seperti juga pengikut Mazhab Syafie,kesilapan mentafsir membuat pengikut melakukan perkara tidak disuruh oleh iman Syafie atau menyandarkan itu dan ini dalam agama kononnya dari Syafie.
    Contoh terbaru kenyataan Hj Hadi 'cikgu sekolah rendah' banyak orang keliru termasuk pak prof kita.Kalau setaraf profesor pun jadi 'bodoh' nak faham bahasa dan isi yang mudah apatah lagi orang yang tarafnya kuli'batak'.
    Bila nak menyatakan isu yang UMNO anggap besar "Amanat Hj Hadi" selayaknyalah ia dibincang oleh ulama/ilmuan macam dia juga baru padan atau setanding.Bukannya TGHA bermaksud menghina semua guru-guru sekolah rendah apabila mengambil contoh CN Afgan itu.
    Jika berlawan mestilah yang sama kuat barulah adil.Ketua lawanlah ketua itulah kebiasaan!

    Soal MAZA tak setuju dengan Amanat Hj Hadi itu pun perkara biasa.Masing-masing ada hujah melalui tanggapan atau persepsi sendiri.Oleh itu apa-apa berbezaan dalam agama kembalilah kepada QS dan Hadis bukan kembali membongkar " Amanat Hj Hadi" kemudian membantai di pentas yang berbeza tanpa memberi ruang dan keadilan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea...ke ....!,macam tu, haa..tak tau lah pulak,habis cam nea yek.

      Delete
    2. Daripada Isu Hudud sampai ke Negara Islam. Golongan Khawarij PAS kini berundur dan akan terus berundur. Kini tiba pula amanat hadi yg merupakan salah satu pegangan tauhid golongan khawarij PAS yg diasaskan ularmak tersohor Tuan guru HJ. Hadi Awang. Memang tak dapat dinafikan bahawa Amanat Hadi merupakan satu bukti terang usaha PAS dalam mengkafirkan UMNO dan pemimpin muslim sah yang dilantik di dalam negara ini. Sepertimana yg diketahui salah satu kriteria khawarij adalah mengkafirkan sesama muslim serta pemimpin muslim yg tak sehaluan dengan mereka. Saya rasa golongan paling sesuai untuk menghadapai geng khawarij ini adalah Ulamak Umno ( Ust. Faitul Bahri and friends). Sebenarnya fatwa telah dikeluarkan untuk mengharamkan amanat hadi ini oleh Majilis Fatwa Kebangsaan. Tapi biasalah dah khawarij memanglah macam tu perangai dah haram pun nak mempertahankan jugak.Bagi UMNO gunakanlah peluang kedegilan PAS ini untuk satu live debate antara ulamak UMNO dan ulamak PAS.Sudah tiba masanya umat Islam negara ini tahu bahawa asas perjuangan PARTI KHAWARIJ PAS ini merupakan satu bidaah yg mesti ditentang.

      Delete
  3. Kalau dah ramai yang tak faham bererti menjadi tanggung jawab Hj Hadi sendiri untuk membuatkan para pengikut faham akan apa yang beliu sampaikan.
    Takkanlah sehingga bertahun2 Hj Hadi tak tahu adanya pulau memulau kesan daripada amanat songsang dia..ataupun Hj Hadi memang rela masyarakat jadi begitu demi cita2 politik dia. Seorang ulamak sepatutnya membawa kesejahteraan kepada masyarakat sebab ulamak pewaris Nabi..tetapi HjHadi layak ke jadi pewaris Nabi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..

      Andai kata Nabi Isa ada semasa pengikut Baginda menyeleweng, Baginda sudah tentu akan membetulkannya masa tu juga.
      Tak perlu tunggu berpuluh tahun.

      Tapi Hadi, berpuluh tahun membiarkannya sahaja.
      Macam mana tu?

      Delete
  4. Sebab tu bagi bila org nk terangkan dlm tv..ni duk sibuk tkut org makin salah paham ke ape..yang timbulkn isu ni org2 umno je,org umno je yg xpaham2..jenis bebal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak terangkan dan pertahankan benda yg telah diharamkan Majilis Fatwa Kebangsaan buat apa. Apa yg patut Kementerian Penerangan buat adalah anjurkan debat antara Ulamak UMNO dan Ularmak PAS. Kita kembali pada NAS iaitu firman dan Hadis Sahih dalam menyelesaikan masalah ini. Dah PAS degil dan tak menerima keputusan Majilis Fatwa so terpaksalah satu debat dianjurkan. Tak payah libatkan golongan agama bukan partisan di negara ini kerana pandangan tepat mereka telah pun kita ketahui.

      Delete
  5. Nak terangkan di tv yang di anggap penipu oleh pembangkang? takut nanti keluar pula alasan standard puak Pas, kata zaman canggeh ni RTM/TV3 potong sana sini pula..! Lagipun bila Allah tanya kelak..kenapa kamu sebagai ulamak membiarkan ummah perpecah belah.?..takkan HJ Hadi nak jawab..pemerintah tak bagi masuk TV.kut.!..koman sangat aeh..!

    ReplyDelete
  6. baca dari surat khabar, putar belit la alamatnya...
    dgr dan tgok sendiri la ape kate MAZA..

    http://onekuliah.blogspot.com/2012/12/dr-asri-amanat-hj-hadi-muncul.html

    ReplyDelete
  7. Kepala Jambul dia,Ust Asri hentam Kerajaan adalah sebb tak bg live utk TG Hadi.

    http://www.facebook.com/photo.php?v=129686013860480

    https://www.youtube.com/watch?v=0PdtF-cp2Ok

    Amanat UMNO> http://www.youtube.com/watch?v=168SHFYdO2M

    ReplyDelete
  8. Kalau tak putar belit fakta bukan UMNO namanya

    ReplyDelete
  9. Hadi nak masuk tv RTM dan TV3 buat apa?
    Kan MalaysiaKini ada.. Youtube ada..
    TV Pas.. TV PKR..
    Macam2 alasan..

    ReplyDelete