Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, January 31, 2013

[DAP Ganti PAS] UMNO percaya PAS lucut Nasha kerana kerap bersama PM



Keputusan Pas menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa daripada menganggotai Majlis Syura adalah disebabkan beliau dilihat kerap bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, beliau percaya Nasharudin disingkirkan ekoran Ahli Parlimen Bachok berkenaan mengikuti rombongan bersama Perdana Menteri melawat Gaza baru–baru ini.

“Beginilah cara mereka, perkara macam ini pun terus buat keputusan pecat. Ini cara politik mereka,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Jelajah Anak Malaysia di Putrajaya, semalam.

Ahli Parlimen Putrajaya itu merasmikan siri jelajah tersebut yang bermula semalam dan akan berakhir sehingga 16 Februari depan.

Dalam ucapan pada majlis tersebut Tengku Adnan berkata, bantuan generasi muda sangat diperlukan dalam usaha kerajaan mempertahankan Putrajaya daripada jatuh ke tangan pembangkang.

Caranya ialah mengelakkan diri daripada termakan politik dan fitnah daripada pembangkang.

“Pada masa sama generasi muda perlu berusaha mencari fakta sebenar terhadap kerajaan supaya tidak mudah terpedaya dengan dakyah, fitnah dan politik putar belit mereka.

“Contohnya kalau persepsi mereka (pembangkang) kerajaan hari ini korup. Katakanlah saya ini korup. Persilakan lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.

Berhubung keengganan pihak pembangkang menghantar nama calon untuk tapisan SPRM Tengku Adnan berkata, beliau menganggapnya sebagai salah satu komplot pihak pembangkang untuk menjatuhkan BN.

No comments:

Post a Comment