Tidak ada pihak yang mampu menyangkal jasa-jasa mereka yang pernah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia. Jasa mereka yang pada negara sememangnya amat besar. Mereka ibarat tiang seri yang kukuh berzaman dalam mempertahankan negara
Justeru
itu mereka yang pernah berkhidmat atau kini bergelar veteran ATM perlu
diberi penelitian yang besar – sebesar pengorbanan mereka pada negara.
Ini amat besar ertinya kepada warga ATM dan kehadiran Jabatan Hal Ehwal
Veteran ATM atau JHEV ini membuktikan bahawa pahlawan kita sentiasa
terbela nasib mereka kerana jasa dan perjuangan mereka yang tidak pernah
luntur dan sentiasa berjuang.
JHEV
memberi erti besar kenapa nasib-nasib veteran tertera. Kehadiran JHEV
menjadi ukuran betapa penghargaan terhadap wira negara ini berterusan
dan sentiasa dalam pengawasan kerajaan Malaysia untuk memastikan JHEV
terus dapat bertindak sebagai penyentuh utama bagi membela nasib mereka
yang kini bergelar veteran ATM.
Penubuhan
JHEV adalah untuk menjadi “one stop center” bagi membantu veteran ATM
dalam meneruskan kehidupan selepas bersara dari Angkatan Tentera
Malaysia. JHEV memainkan peranan penting untuk membantu veteran ATM
dalam semua isu termasuk sosio ekonomi dan bantuan segera yang
melibatkan kebajikan mereka.
Sejak
memulakan operasi rasmi pada tahun 2001, JHEV mula mengorak langkah
menjadi sebuah jabatan yang mengambil sikap khusus untuk membantu
bekas-bekas pesara ATM dalam menyediakan ruangan seluas mungkin untuk
mereka memulakan hidup di luar kehidupan Angkatan Tentera Malaysia.
Tindakan
ini perlu dilakukan sebelum seseorang itu melangkah menjadi veteran ATM
serta terbuka kepada kehidupan baru di luar ATM. Usaha pertama adalah
melengkapkan mereka dengan penjangkaan hidup di luar ATM agar mereka
dapat diresapkan kepada budaya kehidupan baru di luar ATM. Sekiranya
dilihat secara kasar JHEV menjadi pintu terakhir sebelum melangkah
keluar dari ATM dan bergelar veteran dalam ATM. Peranan ini penting
untuk membuktikan bahawa sentuhan JHEV kepada veteran ATM tetap wujud
sebagai jabatan yang akan melihat dan membantu mereka di luar ATM.
No comments:
Post a Comment