Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, December 9, 2012

Veteran ATM Menerima Bantuan - Sentuhan Budi #JHEVbantuVeteran



Penubuhan JHEV adalah usaha keras ATM untuk terus menyentuh Veteran ATM sungguhpun mereka tidak lagi berkhidmat dengan ATM. Dua peringkat sentuhan perlu diberi – sentuhan untuk persiapan untuk perubahan dari menjadi warga ATM kepada veteran ATM dan sentuhan bagi mereka yang sudah menjadi veteran ATM dalam mengurus kebajikan khususnya bagi membantu mereka keluar dari paras kemiskinan. Dalam sentuhan pertama JHEV akan membantu dalam menyediakan mereka yang akan mula melangkah keluar dari perkhidmatan ATM untuk membuat persediaan bagi menempuh era baru kehidupan mereka sebagai veteran ATM. Berbagai kursus persediaan di beri termasuk taklimat-taklimat yang memberi mereka ruangan untuk menjalankan perniagaan sendiri atau penjodohan pekerjaan bagi mereka untuk terus membaiki asas kekuatan ekonomi mereka.

JHEV juga mengatakan siri penerangan mengenai perniagaan, menganjur seminar dan juga taklimat mengenai perniagaan berbentuk francais kepada mereka yang akan melangkah keluar dari perkhidmatan ATM dan bergelar veteran ATM. Inisiatif ini adalah untuk warga veteran ATM mendapat peluang untuk menjadi usahawan yang berjaya selepas bergelar veteran ATM. IHEV juga akan membantu dalam memberi nasihat serta akan membantu mereka untuk memulakan langkah dalam bidang perniagaan.

JHEV sedar bahawa usaha yang paling utama untuk veteran ATM adalah untuk meningkatkan keadaan sosio ekonomi mereka. Sentuhan JHEV adalah untuk veteran ATM dapat memajukan kedudukan sosioekonomi bagi menampung keluarga dan seterusnya bergelar usahawan berjaya. 



Ini adalah khusus bagi mereka yang akan melangkah keluar dari perkhidmatan dan mula untuk bergelar Veteran ATM. Sentuhan seterusnya adalah bagi mereka yang sudah lama meninggalkan ATM. JHEV akan menyediakan bantuan khusus sekiranya mereka memerlukan bantuan sara hidup tambahan termasuk untuk memastikan mereka mendapat cukup perhatian sekiranya veteran ATM itu uzur dan memerlukan peralatan sokongan kesihatan. Ramai Veteran ATM yang memerlukan khidmat perubatan, katil dan kaki palsu serta peralatan lain telah mendapat sumbangan dari JHEV. Ini secara khusus adalah untuk memastikan kebajikan veteran lama ATM ini terus terjamin dan tidak terabai.

Apa yang dilakukan oleh JHEV adalah untuk memastikan veteran ATM di seluruh peringkat – sama ada baru mahu langkah menjadi Veteran ATM atau sudah lama menjadi Veteran ATM di bantu bagi menunjukkan ATM sentiasa prihatin terhadap warga Veteran ATM.
 
Dalam pada itu JHEV juga mempunyai sayap seperti YAYASAN VETERAN ATM untuk mendapatkan sumbangan luaran bagi membantu JHEV untuk terus dapat memberi bantuan kewangan dan kebajikan serta melakukan banyak program untuk mencapai matlamat JHEV. Ini penting kerana sentuhan ini perlu kita sampaikan kepada veteran ATM yang telah banyak berjasa kepada negara. Sehubungan dengan itu sentuhan JHEV amat penting dan sehingga hari ini penerima veteran ATM terhadap usaha JHEV amat memberangsangkan.

No comments:

Post a Comment