Veteran ATM Menerima
Bantuan dibawah Akta Veteran 2011 #JHEVbantuVeteran
Akta Veteran 2011 yang
diluluskan di Parlimen tidak akan menyekat kebebasan persatuan veteran tentera
untuk bersuara.
Ketua Pengarah Jabatan Hal
Ehwal Veteran (JHEV), Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan berkata, persatuan
veteran tentera tidak perlu bimbang kerana kebebasan dan suara mereka di dalam
persatuan dijamin Perlembagaan Persekutuan.
"Malah, tidak ada satu
pun peruntukan di dalam akta ini yang akan menyekat dan mengongkong pergerakan
ataupun suara persatuan berkenaan.
"Cuma apa yang
digariskan persatuan perlu mendaftar semula persatuan mereka mengikut Fasal 17,
akta ini.
"Persatuan veteran
sedia ada akan kekal sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sama
seperti dahulu," katanya pada sidang akhbar bagi mengulas kebimbangan
sesetengah persatuan veteran tentera di sini, hari ini.
Akta itu diwujudkan bagi
membela nasib pesara ATM yang pernah berkhidmat di jabatan berkenaan. Selain
itu, semua kelab dan persatuan pesara tentera akan didaftarkan di bawah JHEV
untuk menyelaras segala data mereka, Pesara tentera juga menerima manfaat
menerusi penambahbaikan dalam hal kebajikan dan perubatan dalam usaha membela
nasib mereka dengan lebih baik dan terurus.
Menurut Zulkiflee, di bawah akta itu bekas anggota
ATM akan diberi bantuan serta menikmati kemudahan perubatan yang sediakan ATM.
Selain itu, katanya, turut diberikan ialah bantuan kebajikan bagi kos sara
hidup dan perbelanjaan persekolahan untuk anak-anak veteran ATM.
Justeru, Zulkiflee memberitahu JHEV ATM mewajibkan
semua veteran ATM di seluruh negara untuk mendaftar diri di Jabatan Pertahanan.
“Pangkalan data yang lengkap mengenai semua veteran ATM akan diwujudkan supaya
kita tahu di mana mereka tinggal dan bagaimana keadaan hidup mereka. Ini kerana
sama ada mereka hidup melarat atau sebaliknya, kita akan dapat memberi bantuan
dengan lebih berkesan.
Sebelum ini, Persatuan Bekas
Tentera Malaysia (PBTM) berjanji akan mendapatkan sokongan 250,000 ahlinya
untuk mendesak kerajaan mengkaji semula Akta Veteran 2011.
Presidennya, Datuk Muhammad
Abdul Ghani berkata, pada mesyuarat agung ke-86 bulan depan, seramai 167
perwakilan akan menentukan pendirian persatuan itu sama ada menolak atau
menerima Fasal 17 yang menghendaki persatuan itu didaftarkan semula.
Zulkiflee berkata, kerajaan
tidak mempunyai niat lain dalam menggubal akta berkenaan kecuali untuk membela
nasib dan menghargai perjuangan serta pengorbanan veteran tentera.
Katanya, dengan adanya akta
itu semua keistimewaan, kemudahan dan kepentingan veteran tentera akan lebih
terpelihara di bawah peruntukan undang-undang. Menurutnya, akta berkenaan juga
tidak akan memberi kesan kepada penubuhan dan harta persatuan.
"Persatuan tidak akan
terkubur, cuma penubuhan mereka akan terhenti dan perlu didaftar semula.
"Berkenaan dengan harta
persatuan pula, itu hak mereka dan ia tidak akan terjejas tetapi jika persatuan
mahu mengisytiharkan harta mereka apabila mendaftar semula, mereka boleh
berbuat demikian," jelasnya.
Veteran melalui JHEV perlu menuntut agar dikaji semula kadar bayaran pencen veteran ATM agar dikira dengan kadar tangga gaji semasa yang sedang dikuatkuasakan, kerana mereka masih lagi hidup dengan segala kos sara hidup & kos pembelajaran anak-anak yang lahir selepas berpencen wajib.
ReplyDelete