Veteran ATM Menerima Bantuan – Balu Pahlawan Dibantu #JHEVbantuVeteran
Walaupun tidak layak mendapat pencen suaminya mengikut
undang-undang 'The Malay Regiment (Pensions to Dependents) Regulation 1950',
pengorbanan Allahyarham Sarjan Ismail
Awal, seorang veteran tentera British yang mati dibunuh komunis ketika berjuang
mempertahankan negara pada 1945 tidak pernah dilupakan Angkatan Tentera
Malaysia (ATM).
Ini terbukti menerusi
pemberian bantuan kepada balunya, Halimah Jonit, 90, oleh Jabatan Hal Ehwal
Veteran (JHEV) ATM secara berterusan sebelum ini.
Yayasan Veteran ATM (YVA)
menerusi Dana Rayuan Hari Pahlawan telah menyampaikan bantuan RM10,000 kepada
Halimah dalam satu majlis ringkas di kediaman anak perempuannya di Kelana Jaya
yang mana bantuan tersebut disampaikan oleh Ketua Pengarah JHEV, Mejar Jeneral
Datuk Zulkiflee Mazlan...
Menurut Zulkiflee, sumbangan
itu mengambil kira pengorbanan yang dicurahkan oleh pahlawan negara tersebut
dan kesukaran hidup Halimah terutama dalam membesarkan anak-anak sebagai ibu
tunggal selepas kematian Ismail.
Jelasnya, Halimah
''Bagaimanapun JHEV telah memberikan bantuan sara hidup sebanyak RM200 sebulan
kepada Halimah sejak 2003 bagi meringankan bebannya," katanya. Tambahnya,
sumbangan itu bertujuan membantu Halimah serta keluarga terutama dari segi kos
perubatan dan bantuan-bantuan lain.
Ismail yang mempunyai nombor
tentera 382 terkorban ketika menjalankan operasi di Mentakab, Pahang pada 3
September 1945. Beliau memulakan perkhidmatan pada 12 Februari 1935 dan telah
dianugerahkan empat pingat selama berkhidmat iaitu pingat 1939-45 Star, pingat
Pacific Star, pingat War Medal dan Defence Medal.
Sementara itu dalam
perkembangan berkaitan, sebanyak RM1.8 juta telah dibelanjakan YVA untuk 3,671
penerima di seluruh negara pada musim perayaan lalu khususnya veteran ATM
berusia 70 tahun ke atas dan
balu mereka.
Kata Zulkiflee, JHEV dan YVA
berharap sumbangan yang diberikan itu dapat membantu meringankan beban mereka
yang terlibat.
Pusat
dialisis
Dalam pada itu Zulkiflee yang
juga Pengarah Eksekutif Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM berkata, JHEV
bercadang menambah lebih banyak pusat dialisis veteran ATM di seluruh negara
memandangkan ketika ini terdapat hampir 3,000 pesakit buah pinggang dalam
kalangan bekas anggota tentera dan keluarga mereka.
Menurutnya, cadangan itu
akan diteliti dengan melihat pada faktor kewangan memandangkan kos sebuah pusat
rawatan tersebut berjumlah antara RM400,000 hingga RM600,000.
''Setiap tahun, sebanyak
RM24 juta dibelanjakan untuk membiayai kos rawatan pesakit dialisis kalangan
veteran ATM dan warisnya dan kita berusaha menambah kualiti perkhidmatan
kesihatan tersebut.
''Kos rawatan dialisis itu
adalah sebahagian daripada peruntukan rawatan kesihatan seluruh anggota veteran
yang berjumlah RM35 juta," katanya.
Tambah beliau, veteran ATM
dan waris mereka yang menetap di luar Kuala Lumpur dan Selangor boleh menjalani
rawatan di dua buah pusat dialisis YVA di Seri Kembangan dan Batu Caves.
Sumber Utusan Online.
No comments:
Post a Comment