Umat Islam diingatkan supaya tidak terpengaruh atau mempercayai ramalan bahawa kiamat akan berlaku Jumaat ini.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata sebagai umat Islam mereka perlu yakin kiamat pasti berlaku pada Jumaat, namun bila tarikhnya itu adalah rahsia Allah.
Katanya, hanya Allah SWT saja yang mengetahui bila tibanya hari itu seperti dijanjikan-Nya.

"Tanda-tanda kiamat yang besar dan kecil sudah dinyatakan sebagai persiapan untuk manusia menghadapinya. Kiamat ada dua iaitu kiamat kecil dan kiamat besar, kiamat kecil yakni kematian. Setiap manusia akan menghadapinya.
"Mengapa kita sibuk meramal tarikh kiamat, sepatutnya kita perlu sibuk untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi kiamat kerana ia bakal terjadi.
"Ia adalah perkara ghaib yang mana hanya Allah SWT saja mengetahuinya. Bahkan Nabi Muhammad SAW bersabda, kalau dengar langit hendak runtuh (kiamat) tetapi di tangan masih ada benih (tanaman), maka tanamlah benih itu," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau mengulas polemik mengenai hari kiamat, yang mengikut Kalendar Mesoamerican Mayan pusingan bumi selama 5,125 tahun akan tamat pada 21 Disember ini.
Ekoran ramalan itu, segelintir masyarakat di negara ini termasuk umat Islam dikatakan membuat persiapan bagi menghadapi hari terakhir itu termasuk membeli dan menyimpan keperluan makanan.
Mohamad Shukri berkata, jika umat Islam mempercayai ramalan kiamat, bermakna mereka mencampuri urusan Allah SWT.
"Usahlah kita meramalkan bila kiamat akan berlaku sebaliknya menggandakan lagi amal ibadat bagi menghadapi kiamat," katanya.

Kalau ye pun nak kiamat,tunggu lah aku sempurna dlu. Apa lah punya org,tak agak-agak. Hehe
ReplyDeleteapa.? mau kahwin ka, yan? kiamat tak tunggu siapa-siapa. tp sedangkan Nabi Muhammad tidak tahu tarikh kiamat, kenapa pula kita boleh tau...powernya dioghang ni.siap dapat tahu 21-12-2012
ReplyDeleteYa Allah kami sudah bersedia dengan doa daripada Tok Guru Nik Ajis Nik Mat, permulakan hari kiamat ini secepat mungkin, bukan untuk memusnahkan UMNO sahaja, tetapi seluruh umatMu dimuka bumi ini... terutama sekali di Kelantan dan pemimpin pemimpin utama kami dalam PAS, Ya Allah kabulkan lah oleh Mu....
ReplyDelete