Minda Hijrah Headline Animator

Saturday, December 29, 2012

[Terkini] Tanah runtuh di Bukit Setiawangsa, jalan utama ditutup

Benteng konkrit di Bukit Setiawangsa di sini runtuh malam ini menyebabkan jalan utama di kawasan itu ditutup kepada kenderaan.

Kejadian dipercayai berlaku dalam lingkungan jam 9 malam tadi.

Orang ramai khususnya penduduk tidak dibenarkan melalui jalan tersebut kerana masih terdapat pergerakan tanah, yang berisiko runtuh lebih teruk.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan , Jabatan Pertahanan Awam, dan pihak polis kini berada di lokasi bagi mengawal keadaan.

Setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa.

Lokasi kejadian tidak jauh dari kediaman Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

3 comments:

  1. syukur Alhamdulillah tidak ada kemalangan jiwa.

    ReplyDelete
  2. Pelik kat Malaysia ni.....masuh meluluskan pemaju buat rumah atas bukit.....mmg tinggi benteng konkrit tu.....dari jln setiawabgsa nampak buruk sgt......tlg lah jgn beli atau buat rumah atas bukit....dahlah keluar duit banyak merbahayakan nyawa lepas tu nampak buruk dari bawah.......

    ReplyDelete