Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, December 18, 2012

[TERKINI] AG : Prosising kes saman AES dibekukan



Jabatan Peguam Negara mengambil keputusan untuk membekukan kesemua prosiding berkaitan dengan saman kesalahan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Satu kenyataan dikeluarkan oleh jabatan itu petang ini menyebut bahawa langkah membekukan prosiding diambil bagi meneliti kesemua isu yang dibangkitkan berkaitan dengan kes saman AES.

Bagaimanapun menurut Jabatan Peguam Negara, saman berkaitan kesalahan AES yang dikeluarkan masih sah.
Kata Jabatan Peguam Negara, ekoran perkara-perkara yang dibangkitkan oleh beberapa pihak berkenaan dengan undang-undang dan aspek teknikal, pihaknya memutuskan untuk meneliti perkara berkenaan.
"Satu keputusan akan dibuat dalam beberapa hari lagi berkenaan isu-isu yang dibangkitkan," kata kenyataan jabatan itu.
Kata kenyataan itu, berkaitan dengan empat saman AES yang dilepaskan tetapi tidak bebas, Jabatan Peguam Negara akan meneliti semula dan akan mendaftarkan semula jika memerlukan tindakan pendakwaan.

No comments:

Post a Comment