Minda Hijrah Headline Animator

Saturday, December 29, 2012

[Tanah Runtuh Bukit Setiawangsa] Tujuh penghuni rumah Puncak Setiawangsa dipindahkan

Tujuh penghuni rumah di kawasan puncak Persiaran Bukit Setiawangsa dipindahkan bagi mengelak berlakunya gelongsoran tanah yang aktif berikutan benteng konkrit di kawasan itu runtuh, malam tadi.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib, berkata sebagai langkah keselamatan penduduk yang tinggal berhampiran kawasan kejadian benteng runtuh itu diminta segera berpindah bagi mengelak bencana lebih besar.

"Kita menghadapi masalah tanah gelongsor yang membabitkan rumah kedai di bahagian bawah yang diminta berpindah bersama dengan rumah di seberang jalan," katanya ketika ditemui pemberita di Persiaran Jalan Bukit Setiawangsa di sini, hari ini.

Sebelum itu, Pemolong Pengarah Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata pihaknya sudah mengarahkan tiga penghuni rumah banglo dan peniaga-peniaga di 13 lot kedai dua tingkat untuk berpindah berikutan pergerakan tanah dikesan di kawasan itu jam 4 pagi tadi.

Azizan berkata, jalan menuju ke Puncak Setiawangsa terpaksa ditutup bagi mengelak kejadian yang lebih buruk akibat pergerakan keluar masuk kenderaan.

- BERNAMA


No comments:

Post a Comment