Minda Hijrah Headline Animator

Friday, December 21, 2012

Pemuda Pas mahu muzakarah isu Amanat Haji Hadi

Pemuda Pas Pusat  mengajak Majlis Fatwa Kebangsaan bermuzakarah mengenai isu Amanat Hadi yang kembali dimainkan oleh pelbagai pihak.

Setiausaha Pemuda Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, isu itu perlu diselesaikan segera kerana tidak mahu rakyat keliru dengan pelbagai dakwaan daripada pelbagai pihak khususnya Umno.

"Kita mahu Majlis Fatwa ambil peranan kerana isu Amanat Hadi ini kembali dimainkan walaupun sudah dijelaskan sebelum ini.

"Sehubungan itu Pemuda Pas bersedia untuk bermuzakarah dengan Majlis Fatwa agar perkara itu dapat diselesaikan dengan baik," katanya.

Semalam, Pemuda Pas telah menghantar surat jemputan bermuzakarah dan diterima oleh wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya.

Menurut Khairul Faizi, parti pemerintah sengaja memainkan isu itu semula setiap kali menjelang pilihan raya umum.

"Bagaimanapun, pemuda Pas telah turun ke akar umbi bagi menjelaskan apa sebenarnya isi kandungan Amanat Hadi itu agar rakyat dapat memahami apa yang berlaku sebenarnya," katanya.

Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang digesa pelbagai pihak untuk menarik balik amanat beliau pada tahun 1981 itu termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.

12 comments:

  1. Kumpulan Pemuda dari Parti Ajaran Sesat,tak perlu di layan.Mereka ingin menambah kesesatan bukan mencari penyelesaian.Mereka tak pernah menerima pandangan orang lain selain kata dua dari DAPig,yg sering mereka merasa gerun kalau tidak melayannya.Amanat Hj.Hadi hanya sperti mengira 123 bagi kanak-kank,utk memutuskan ianya satu fatwa songsang atau fatwa yg baik.Jadi bayangkanlah kalau itu pun Pemuda dari Parti Ajaran Sesat gagal menilainya secara jujur benar atau salahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas tidak penah menolak hukum Allah, Pas tak pernah hina rasul,Pas tak pernah memperlekah hukum Allah. Pas sentiasa berjuang medegak kan syiar Islam. Apakah ini dikatakan ajaran sesat dalil dari kitab nasrani atau yahudi yang pakai. Jika ya memang pasti engkau yang sesat.

      Delete
  2. Nape nate pemuda pas tiba2 nak bermuzakarah? nape pemuda pas tak nak ajak bermuzakarah untuk dapatkan pandangan keanjingan mereka untuk dap dan pkr? Suruh je pemuda pas bermu'zakar'ah dengan setan yg dh kerjasama dgn pas tuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk apa Pas bermuzakarah dengan orang bukan islam tentang urusan islam bangang!!!!. Untuk bermuzakarah dengan setan Pas perlu bermuzakarah dengan umnongok kerana mereka lah setan yang dikelnali -kata mahadhir kutty.

      Delete
  3. dah sesat tu mengaku ajelah puak2 PAS. Tak payah nak dalih2. Dah nyata Hj Hadi tu salah. Amanat tu dah buat U turn pada dia. Nilailah sendiri sapa yg sebenarnya ****R

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak pasti orang pas tu sesat. Dalil apa kau pakai untuk menyatakan orang Pas sesat. Apabila kau menyatakan seseorang itu sesat tanpa dalil dari alquran sesungguhnya engkau lah yang sesat.

      Delete
  4. Nak muzakarah ape ke benda lg..dah terang2 amanat tu sesat..budak sekolah pun tau amanat tu sesat..muzakarah ape lg..nak dpt publisiti murahan ke?..sebelum nak ada muzakarah cuba jawab soalan mudah ni dulu..Umno geng dgn MCA dan MIC dituduh kafir abis tu apa pulak status Pas Pis Pus (Parti Ajaran Sesat) bila geng dgn DAPig????? Jawapan yg ada kafir jugak..apa bezanya..bodoh piang..nak muzakarah apa lg..udah2laa tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika difahami betul2 amanat TGHH sebenernya tiada seorang pun orang isalam yang kafir melainkan bagi mereka yang mengaku islam tapi mengasingkan politik dengan islam, menolak hukum Allah, menghina Rasul, tidak menegakkan islam secara shumul

      Delete
    2. Pas tidak penah menolak hukum Allah, Pas tak pernah hina rasul,Pas tak pernah memperlekah hukum Allah. Pas sentiasa berjuang medegak kan syiar Islam. Apakah ini dikatakan ajaran sesat dalil dari kitab nasrani atau yahudi yang pakai. Jika ya memang pasti engkau yang sesat.

      Delete
  5. amant tu tidak mengkafir mana-mana induvidu islam tapi menyatakan mana-mana pehak yang mengasingkan agama isalam lain politik lain boleh menjadikan pehak tersebut kafir. Baca dan faham amant tesebut betul-betul ok

    ReplyDelete
  6. xtaw baca.. or faham bahasa.. xda masalah pon dgn amanat 2... xda ckp UMNO kafir... ap masalahnya skrg???? dan knp skrg dkt PRU bwu nak dipersoalkan.. why???

    ReplyDelete