Kerajaan Selangor hari ini akur jumlah kutipan sumber pasir di Selangor sepanjang tiga tahun hanya mencecah RM140 juta walaupun sasaran adalah RM150 juta setahun.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagaimanapun mendakwa kutipan hasil sejak tahun 2009 hingga tahun lalu dilakukan secara telus dan mencatatkan "peningkatan".
“Perlu tengok prosesnya, (kutipan hasil pasir) itu sebenarnya meningkat, jadi kalau kita campurkan semua pendapatan itu sudah melebihi daripada RM140 juta, jadi kita buat tengok keadaan-keadaan tersebut.
“Perlu tengok prosesnya, (kutipan hasil pasir) itu sebenarnya meningkat, jadi kalau kita campurkan semua pendapatan itu sudah melebihi daripada RM140 juta, jadi kita buat tengok keadaan-keadaan tersebut.
Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam sebelum ini mendedahkan Semesta dipalitkan dengan unsur-unsur rasuah dan usaha beliau untuk mendedahkan salah laku itu tidak mendapat kerjasama Khalid.
Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed semalam mendakwa kerajaan negeri hanya berjaya mengutip RM32.5 juta melalui hasil pasir dari tahun 2009 hingga 2011.
Jelasnya, ia tidak seperti yang dijanjikan oleh kerajaan negeri ketika sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) 2009 yang mensasarkan kutipan berjumlah RM150 juta.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Sepang turut mendakwa penduduk di Selangor hanya melihat kelibat lori-lori pasir di kawasan sekitar Selangor, namun mendakwa ianya tidak diterjemahkan dalam bentuk keuntungan kepada negeri.
“Jumlah kutipan melalui hasil pasir tidak konsisten dengan aktiviti melombong pasir yang begitu banyak di negeri ini,” katanya semalam.
Khalid menepis segala tuduhan Zin itu dengan mendakwa ia telah dijelaskan dalam laporan siasatan awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) bersabit siasatan ke atas Semesta.
Untuk rekod pada 2009, Khalid didakwa menyebut dalam ucapan belanjawan di hadapan Sultan Selangor mengatakan hasil perlombongan pasir yang disasarkan negeri itu pada RM150 juta setahun melalui Semesta.
Bagaimanapun ketika pembentangan Belanjawan Selangor 2010, Khalid berkata setakat Oktober 2009, Selangor hanya memperoleh RM4.6 juta royalti hasil perlombongan pasir.
Sumber : Antarapos.com
dulu masa Kerajaan BN memerintah Selangor. Bisnes pasir tak pernah untung banyak. Kemana perginya hasil jual pasir tu semua?
ReplyDelete2005 = RM3.54 juta
2006 = RM4.37 juta
2007 = RM4.29 juta.
2008 = RM8.17 juta
2009 = RM13.76 juta
Jun 2010 = RM15.30 juta.
Dan semakin meningkat tiap-tiap tahun.
Siapa yang kaki temberang sebenarnya? Padahal masa dulu, lagi banyak pasir kat Selangor, dan banyak juga pasir hilang dari Selangor.
Aiyoh! Tak dapat collect ikut target sebab banyak yg masuk poket sendiri?
Delete