Minda Hijrah Headline Animator

Saturday, December 1, 2012

#PAU2012 : TERKINI!!! JANGAN JADI SEPERTI MEREKA, FATHUL AJAK UMNO MAAFKAN PAS!!!

Fathul Bari Mat Jahya, perwakilan Perlis, mengajak semua ahli UMNO memaafkan tindakan Pas mendoakan kehancuran parti itu.

Menurutnya, UMNO merupakan parti yang mengamalkan politik kasih sayang bukan politik kebencian maha dahsyat seperti amalan pakatan haram.

Oleh itu, sebagai umat Islam, semua ahli UMNO wajib memaafkan kesilapan yang dilakukan oleh Pas walaupun parti itu tidak mahu mengakui kesilapan mereka yang sudah jelas.

Fathul Bari turut memuji tindakan Presiden Parti ketika ucapan dasar yang bertindak memohon maaf kepada rakyat di atas kesilapan sepanjang UMNO/BN diberi mandat mentadbir Malaysia.

"Tidak akan ada seorang pun yang akan bebas daripada melakukan kesilapan.

"Menyentuh tentang isu doa, saya mahu menyeru kepada semua hadirin dan semua ahli UMNO, mari kita maafkan mereka (PAS)," tegasnya ketika membahaskan usul agama dan pendidikan di Perhimpunan Agung Umno 2012 hari ini.

Tambah beliau, Pas yang mendakwa sebagai parti Islam sepatutnya menjulang akhlak dan akidah yang baik bukannya berterusan mencaci dan menaburkan fitnah kepada parti pemerintah.

Kata Ulama muda UMNO ini, Islam mengajar umatnya untuk menyebarkan perkara yang benar dan dilarang sekali untuk mengkafirkan sahabat Islam yang lain.

"Jangan ada kafir mengkafir wahai Umno dan itulah yang kita lakukan.

"Selama ini mereka Pakatan tanpa henti menyerang kami dengan perkataan-perkataan yang sakit dan yang pedih.

"Mereka hanya menceritakan keburukan kita dan mahu memberikan persepsi kebencian kepada masyarakat terhadap kita," jelasnya.

5 comments:

  1. Setakat ni Umno memang berakhlak sebagai akhlak Sunnah Wal Jemaah..

    akhlak dalam pas pulak lebih mirip khawarij dan syiah.

    BUBAR PAS ,ISLAM KUAT !!

    gen2felda

    ReplyDelete
  2. Solatku lebih khusuk selepas keluar dari PAS. Semoga Allah ampunkan dosa2 aku sekeluarga dan kawan2 yg sekian lama memfitnah dan maki hamun sesama Islam akibat dari terlalu yakin dan taksub kpd pemimpin2 PAS.

    InsyaAllah Malaysia akan lebih aman, harmoni dan progressie tanpa PAS, DAP, PKR...

    ReplyDelete
  3. Having observed the behaviour and characters of PAS leaders at the recent Muktamar showed the ugly face of PAS. Its top category leaders appeared to get caaried away with the titles and power. Not blaming these top category leaders, instead it is the grassroots that failed to see the evil elements deep inside their leaders ie deep hatred to other muslim braders. Wortst still, these PAS leaders clearly tow to the stance made by PKR or DAP. Calling all PAS members to think that DAP IS KAFIR HARBI, their blood is legitimate to go into the drain.

    ReplyDelete
  4. Aku suka umno....sbb umno lebih Islam Dr PAS

    ReplyDelete
  5. Jom kita doakan diorg, seperti mana doa orang2 sebelum kita yg memohon agar kita yg sebelum ni taksub pada Pakatan dibuka mata hati.

    ReplyDelete