Minda Hijrah Headline Animator

Monday, December 17, 2012

[Pakatan Tamak] PKR: Tiada Tambahan Kerusi Untuk DAP



Selepas Pas menegaskan tiada kerusi tambahan buat DAP di Selangor, PKR turut suarakan pandangan sama kerana keputusan berhubung pengagihan kerusi telah diputuskan dengan mengekalkan status quo.
Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, tuntutan DAP itu tidak perlu dipandang serius kerana di peringkat negeri, ia dibincangkan dan keputusan telah dicapai.

Katanya, tuntutan dibuat DAP itu bukan perkara luar biasa kerana mana-mana parti turut membuat tuntutan sama semasa perhimpunan agung parti masing-masing tidak kira sama ada peringkat kepimpinan mahu pun perwakilan.

Menurutnya, itu adalah perkara normal diamalkan sebahagian daripada proses rundingan dalam demokrasi.

“Di Selangor, tiada perubahan dan kekal status quo sama seperti Pilihan Raya Umum 2008 lalu.

“Tuntutan DAP di negeri ini kita pernah bincang sebelum ini dan diputuskan tiada kerusi tambahan untuk DAP,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan dasar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di kongres tersebut.

Guan Eng menuntut tambahan kerusi untuk pilihan raya akan datang bagi mengukuhkan kedudukan DAP.

DAP mensasarkan tiga kerusi tambahan untuk Parlimen dan 10 kerusi Dun di Semenanjung Malaysia manakala Sabah dan Sarawak dikendalikan rundingan kerusi mereka sendiri.


Shuhaimi berkata, beliau menyeru komponen parti Pakatan Rakyat tidak terlalu melayani isu itu kerana dikhuatiri boleh dijadikan provokasi oleh pihak lawan.

Menurutnya, kenyataan dibuat oleh Guan Eng itu tidak merujuk kepada Selangor dan menegaskan pembahagian kerusi di negeri ini telah dipersetujui sebulat suara.

“Mungkin ia melibatkan kerusi di negeri lain kerana jika di Selangor kita semua sudah bincang tiada sebarang perubahan.

“Jadi tak perlu fikir serius mengenai perkara itu...tak perlu layan secara mendalam kerana ia mungkin boleh dijadikan provokasi pihak lawan,” katanya.

1 comment:

  1. AYUH WARGA MALAYSIA!!

    PASTIKAN....

    PARTI ISLAM MAKSIAT & HAPRAK (PAS)

    PARTI KOMINIS TEGAR (DAP)

    PARTI MAKSIAT PENJUBUR TEGAR (PKR)

    HANCUR!! HANCUR!! HANCUR!!

    ReplyDelete