Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, December 27, 2012

[Pakatan Munafikin] Mazlan Aliman dakwa tidak tahu insiden Naraza 'diikat'

Presiden Persatuan Peneroka Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman tidak tahu menahu kejadian yang membabitkan Ketua Penerangan persatuan itu, Naraza Muda didakwa diikat dan ditahan ketika menyertai konvoi

Kembara Oren Selamatkan Felda di Felda Kampung Awah, Maran, Pahang, Sabtu lalu.

Menurut Mazlan, beliau setakat ini belum dimaklumkan apa-apa oleh mana-mana pihak mengenai kejadian itu.

Dalam kenyataan bergambar disiarkan Sinar Harian Selasa lalu, Pengarah Pilihan Raya Pas Maran, Shamsuri Hussin yang turut menyertai program berkenaan mendakwa Naraza ditahan dan diikat kedua tangannya oleh pihak yang menghalang laluan konvoi itu di Felda Kampung Awah.

Katanya, keadaan hanya kembali reda apabila Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Superintendan Sulaiman A Hamid campur tangan dan mengarahkan Noraza yang ditahan selama 15 minit di sebuah pondok, dilepaskan.

Sulaiman dalam kenyataan disiarkan Sinar Harian semalam bagaimanapun berkata, pihaknya tidak menerima apa-apa laporan mengenai kejadian itu.

"Tidak ada sebarang kekecohan serius sepanjang kembara itu di Felda Kampung Awah, Jengka 23 dan Jengka 11," pegawai polis itu dipetik sebagai berkata.

Pemangku Ketua Umno Bahagian Maran, Datuk Ismail Muttalib juga turut menafikan berlaku insiden seumpama itu.

"Saya sudah bertemu dengan penduduk Felda Kampung Awah dan dimaklumkan, tiada hal seperti itu. Tidak ada orang yang ditahan, apa lagi diikat, ini semua tipu," katanya ketika dihubungi kelmarin.

Pengerusi JKKK Felda Kampung Awah, Asri Mohd Dahan pula yakin tidak ada penyokong Barisan Nasional (BN) yang menyentuh peserta konvoi Kembara Oren apa lagi menahan dan mengikat anggota kumpulan itu.

4 comments:

  1. Dasar penipu dan penabur fitnah!! Laknatullah

    ReplyDelete
  2. KonvoiOREN untuk apa?adakah peserta ni ada idea untuk menambah lagi ekonomi Melayu,Wooooo mamat Oren,kalau x kerana Felda Felcra dll lain2 egensi untuk membangunkan Melayu luar bandar,ramai lagi melayu yg makan ubirebus.Cuba tanya generasi 1 Felda macam mana mereka sebelum masok Felda!
    Sekarang apa idea korang untuk meningkatkan lagi ekonomi Melayu selain dapat upah air sebotol,dan berkonvoi!!!!!!orang lain sebok desak nak itu ini,nak tambah hak,korang hak yang ada nak dimipulasi untuk kepentingan diri,upah x seberapa,tapi bangsa rosak 7keturunan disebabkan korang.Tahniah UMNO kerana berjaya membuat konvensyen2 utk cari jalan nk bantu bangsa,bukan macam orang u,xde pun idea asyik muktamar JE.
    CUBA lahirkan idea cm mana nak tambah ekonomi melayu/islam,selain hak yang ada skarang.....langsung x aleeee loooo.

    ReplyDelete
  3. tak tahu dosa ke? memang munafik mereka ini.Dulu rasa2 nak sokong juga PKR
    tp sekarang sory lah .......

    ReplyDelete
  4. adusss....tak tahu ke? hipokritnya mazlan aliman ni. bukan ke itu semua dh dirancang? sebelum konvoi bergerak lg gambar lakonan naraza diikat dh diambil dan akan diedarkan kpd media pro pakatan. bukankah ini strategi backup jika konvoi oren tidak diterima org felda. PEMBOHONG!!!

    ReplyDelete