Minda Hijrah Headline Animator

Friday, December 21, 2012

[Pakatan Munafik] Kadar Cukai Pintu Ditentukan Kerjaaan Negeri - MBSA

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini mengesahkan bahawa kerajaan Selangor mempunyai kuasa penuh untuk menentukan kenaikan kadar cukai taksiran di negeri itu.

Menurut Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan, pihaknya bersama-sama Jawatankuasa Mendengar Bantahan yang dilantik kerajaan negeri akan bertemu dengan penduduk Kampung Baru Subang dan Kampung Baru Sungai Buloh untuk mendengar masalah mereka.

Namun beliau menegaskan keputusan akhir terletak di tangan kerajaan negeri selepas MBSA membentangkan hasil pendengaran kepada jawatankuasa yang diketuai oleh Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Kerajaan negeri mengumumkan kenaikan cukai pintu sebanyak 7.5 peratus untuk tahun 2013 bagi kedua-dua kawasan penempatan itu.

"Kita mendengar...Jawatankuasa Bantahan mendengar, kita buat perakuan...kemudian kita akan bentang kepada kerajaan negeri yang akan menasihat kita langkah seterusnya.

"Saya rasa kerajaan negeri lebih mengetahui," katanya di dalam sidang media di Wisma MBSA hari ini.

Mohd Jaafar kemudian mensasarkan tempoh sekurang-kurangnya sebulan bagi menyelesaikan isu tersebut.

"Sekurang-kurangnya saya rasa sebulan..(keputusan) bergantung kepada YB Ean punya jawatankuasa. Beliau akan panggil kita.

"Saya kalau boleh dalam masa sebulan (akan menyelesaikan isu yang timbul) atau sebulan setengah ataupun sampai isu ini semua orang faham," tambah beliau lagi.

Kenyataan Mohd Jaafar ini nyata bertentangan dengan dakwaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini bahawa kenaikan cukai pintu itu diputuskan oleh kerajaan persekutuan dan beliau tidak akan masuk campur.

Beliau mendakwa isu kenaikan cukai pintu bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri tetapi ditetapkan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH).

"Saya nak beritahu penentuan harga cukai pintu bukan ditentukan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Ini undang-undang yang ditentukan oleh JPPH berasaskan nilai tanah. Jadi kita tidak boleh salahkan MBSA," kata Khalid.

Namun Khalid pada semalam sekali mengeluarkan kenyataan mengelirukan apabila menyatakan kenaikan mendadak cukai pintu di kedua-dua kampung baru berkenaan sebagai 'munasabah' justeru mengumumkan penubuhan jawatankuasa untuk mengkaji semula kadar itu.  

Tindakan menaikkan cukai pintu ini menerima bantahan daripada pemilik-pemilik tanah dari Kampung Baru Subang dan Kampung Baru Sungai Buloh.

Semalam, sekumpulan 50 dari mereka berhimpun di hadapan Wisma MBSA bagi membantah kenaikan cukai taksiran sebanyak 7.5 peratus untuk tahun 2013 yang disifatkan mereka sebagai terlalu tinggi.

Kenaikan yang tinggi itu juga tegas mereka tidak setimpal dengan pembangunan infrastruktur di kawasan tersebut justeru meminta kerajaan negeri menimbang semula kadar cukai taksiran baharu tersebut agar lebih munasabah dan tidak membebankan pemilik tanah.

2 comments:

  1. MB Gagap ini apa yg dia tahu....bagi statemen pon ikut kepala Hotak dia masa tuu..Balik office baru sibuk tyn sana sini...besok bagi statemen lain lak, yg palaing BODOH selalu bagi statemen mesti SALAHkan K'jaan Persekutuan dulu........apa puya MB., what a shame Selangor have such a BODOH MB

    ReplyDelete
  2. dia ni MB bukan Menteri Besar, tapi Makhluk Babi sebenarnya..kepala hotak dia baru time ni nak cakap semuanya ditentukan oleh kerajaan pusat..masa manifesto dulu lu x pikir ke smua ni..lu janji menggunung, bila x leh wat senang bapak ko je cakap..oohhh, ni smua sebab kerajaan persekutuan...lu dgn si bangsat anwar sama je la..kimak

    ReplyDelete