Minda Hijrah Headline Animator

Monday, December 17, 2012

[Lawak Bodo] DAP bangga Pakatan tidak ada kronisme

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata pihaknya bangga kerana Pakatan Rakyat (PR) tidak mengamalkan kronisme dalam pendekatan politik mereka.

Menurutnya, selama beliau memegang jawatan Ketua Menteri, beliau tidak pernah dikunjungi ahli PR bagi meminta projek untuk dilaksanakan.

"Kita jalankan tender terbuka, dan bukannya memilih sanak saudara pemimpin parti untuk menjalankan projek.

"Inilah kelebihan yang ada dalam PR, kita tidak mengamalkan kronisme, apa yang kita utamakan adalah kepentingan rakyat. Saya harap tradisi ini dapat diteruskan selamanya," katanya ketika menyampaikan ucapan penutup pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16, hari ini.

Guan Eng berkata, beliau turut berharap agar ahli PR tidak mempunyai agenda peribadi sebaliknya memegang prinsip parti yang memperjuangkan hak rakyat tanpa mengira kaum.

"Kita berharap agar semua yang menyertai PR, bersama-sama memegang prinsip dan menjalankan amanah yang diberikan rakyat, tiada agenda peribadi. Ini kerana, budaya kronisme bukan tradisi kita.

"Saya juga berharap jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) yang baru (dipilih) dapat menunaikan hasrat wakil-wakil kawasan serta bekerjasama sebagai satu pasukan demi kepentingan rakyat. Saya berterima kasih kepada semua ahli PR di Semenanjung, Sabah dan Sarawak kerana bersatu untuk membela masa depan anak cucu kita," katanya.

2 comments:

  1. A crystall clear and glowingly idiotic and super foolish statement by Tokong Guan Eng. His senile father gets the highest vote while he gotten the second highest in the CEC committee members, wife is MP in Malacca.

    ReplyDelete