Minda Hijrah Headline Animator

Friday, December 14, 2012

[Lagi Baik Nikah Umur 13] Pelajar 12 Tahun Dakwa Hamil Anak Lelaki Tidak Dikenali

Dimanakah anak & adik anda sekarang ?


Seorang pelajar berusia 12 tahun dari Pulau Sebang, Alor Gajah mendakwa dirinya kini mengandung setelah melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya beberapa jam.
Walaubagaimanapun, mengikut laporan akhbar bahasa Inggeris, The Star hari ini, pihak polis tidak mempercayai dakwaan pelajar tersebut.

Timbalan Ketua CID Negeri, Superintendan P.R. Gunarajan berkata, pihak polis percaya pelajar itu membohong untuk melindungi teman lelakinya.

"Dia bertegas menyatakan dirinya mengandung selepas mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang hanya dikenalinya di sebuah kedai kopi tidak sampai dua jam," katanya.

Tambahnya lagi, pihak polis sedang menyiasat kes tersebut berikutan laporan polis yang dibuat oleh ibu saudara pelajar itu pada 5 Disember di Balai Polis Sebang.


Pelajar itu dikatakan sedang meluangkan cuti sekolah di rumah keluarga ibu saudaranya di Sungai Buloh, Selangor.

Keluarga ibu saudaranya mula curiga apabila melihat perut pelajar itu semakin membesar lalu menghantarnya ke Hospital Sungai Buloh di mana doktor mengesahkan dia mengandung enam bulan.

Superintendan Gunarajan berkata semasa siasatan, pelajar itu berkeras mengatakan dirinya dihamilkan oleh lelaki yang tidak dikenali sebelum kejadian.

Pihak polis yang kurang yakin dengan dakwaannya mula menyiasat rakan-rakan pelajar itu melalui Facebook dan telefon bimbitnya.

Keterangan pemilik kedai kopi berkenaan turut diambil polis.

"Lelaki yang bertanggungjawab menyebabkan dia hamil berkemungkinan besar adalah teman lelakinya, oleh itu dia mengada-adakan cerita mengenai lelaki tidak dikenali itu," kata Gunarajan.

Polis juga sedang meneliti senarai rakan-rakan lelaki pelajar itu untuk mencari siapa yang bertanggungjawab.

Bagaimanapun, menurut pihak polis, pelajar itu enggan bekerjasama sambil bertegas dia mengadakan hubungan seks dengan lelaki tidak dikenali itu kerana telah jatuh cinta pandang pertama.

6 comments:

  1. Teknologi kan dah canggih. Pemeriksaan DNA.

    ReplyDelete
  2. dpn mak bapak bukan main bila nk kuar rumah cium tngn,si ibu dan bapa terus beranggapan ank nya seorng yg baik.

    ReplyDelete
  3. periksa DNA? yer kena tunggu budak pompuan tu beranak

    peace

    ReplyDelete
    Replies
    1. setau aku tak payah tunggu beranak pun boleh cek DNA. Tapi, kalau dah ada yang mengaku maka hukumannya lebih ringan. Kalau tak ngaku dan ditangkap, hukumannya lebih berat.

      Walau macam manapun, boyfriend tak boyfriend, romen budak bawah umor tetap dianggap ROGOL.

      Delete
  4. ini nasib baik mak sedara terperasan perut bdk ini buncit,yg heran ada setengahnya mak bapak blh tak terperasan ank dah buncit,bila baby dah di humban sungai baru mak bapak sibuk.patut zaman sekarang perlu curiga pada ank tak kira llki atau perempuan.cek perutnya ari2

    ReplyDelete