Minda Hijrah Headline Animator

Monday, December 3, 2012

Kes khalwat: KP Kesihatan Dr Hasan diturun pangkat

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman yang digantung kerja ekoran kes khalwat baru-baru ini diturunkan pangkat ke satu gred yang lebih rendah daripada jawatan yang disandang sekarang.
   
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat SPA yang diadakan hari ini.
   
Mahmood dalam kenyataannya berkata tindakan tatatertib terhadap Dr Hasan yang merupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan itu dibuat mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
   
Pada 26 November lepas, SPA memutuskan Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan dalam mesyuarat hari ini.
   
SPA juga memutuskan agar Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, Jururawat Gred U41, Kementerian Kesihatan dikenakan tindakan turun tiga pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan.
   
Pada 14 November lepas Dr Hasan, 56, dan Wan Syarifah Nooraazmanita, 36, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini, pada 2.18 pagi hari yang sama.  - Bernama

3 comments:

  1. Menurut kengkawan aku kat Putrajaya inilah balasan yang Allah turunkan ke atas manusia yang sering menindas anak-anak buahnya selama ini. Tanyalah pada ramai penjawat awam terutama sekali Kementerian Kesihatan mengenai KP mereka hampir semua menyampah kerana ketegasannya dan busy body yang tak bertempat. Ketidak puasan terhadap KP mereka dizahirkan dengan kebencian kepada kerajaan pimpinan YAB PM.

    hehehe, lepas ni si KP ni boleh le isi borang PAS senyap-senyap bersama teman sekhalwatannya. Nanti pencen nanti boleh isytihar masuk PAS di mana-mana himpunan fuckatan. Lepas tu kutuk dan fitnah BN-UMNO kaw-kaw, gerenti dosa-dosa silam akan terhapus dan nama dah masuk list penghuni sorga dengan jaminan ularmak PAS...hahaha

    ReplyDelete
  2. sebab beliau penyokong Tegar UMNO beliau cuma kena turun satu gred. Bayangkan kalau beliau ahli Pembangkang. Dalam media meloyar 1 bulan bercerita pasal keburukan beliau.

    Orang macam ni, tak kan masuk PAS. Selesa bersama UMNO. Sebab UMNO lah beliau dapat jawatan tinggi tersebut, dan sebab UMNO lah beliau selamat.

    Betul, kawan-kawan aku kat KKM pun menyampah perangai beliau. Terlalu kuat politik UMNO dan mengarah macam-macam. Pergi majlis UMNO itu ini, bodek UMNO ini dan lain-lain.

    ReplyDelete
  3. Macam tu lah juga dalam PAS ko jgn kencing... MB dapat tanah ko diam... Ko punya abang sepupu anuar aljuburi pernah buat kenyataan Siapa Tak Buat... Siapa buat dia tanggungla ini yang Umno sedang lakukan.... NgoK

    ReplyDelete