Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, December 30, 2012

Keputusan roboh banglo Puncak Setiawangsa diketahui hari ini

Keputusan sama ada sebuah banglo yang rosak teruk dalam kejadian tanah runtuh di Puncak Setiawangsa, akan diroboh sepenuhnya atau tidak, akan diputuskan pada mesyuarat bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pemaju, petang ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Superintendan Othman Abu Bakar berkata, rumah itu dipercayai disewa oleh sebuah keluarga warga Iraq yang berpindah keluar dua hari sebelum runtuhan selepas mendapati wujud keretakan di rumah berkenaan.

"Keputusan merobohkan banglo itu dibuat bagi mengurangkan beban tanah yang dikhuatiri menjejaskan cerun berikutan kedudukan banglo itu berada di tempat paling kritikal," katanya.

Menurutnya, dua banglo lain masih dianggap berada dalam zon bahaya.

"Masih terdapat pergerakan tanah yang dikesan di kawasan berkenaan.Sehingga malam tadi, penghuni 106 kediaman dan rumah kedai telah diarahkan berpindah," katanya.
Othman berkata, laluan utama Jalan Bukit Setiawangsa  ke Puncak Setiawangsa masih ditutup, namun laluan alternatif bagi penduduk dan pemandu telah dibuka di sepanjang Jalan Persiaran Setiawangsa.

No comments:

Post a Comment