Minda Hijrah Headline Animator

Monday, December 17, 2012

[Dengar Sini Pencacai] Tunku Aziz: Cukup Saya Seorang Saja Melayu Ditipu DAP



Dakwaan ketiadaan calon Melayu mengisi Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP disebabkan perletakan jawatan Naib Presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebelum ini disambut dengan nada sinis oleh Tunku Aziz sendiri.

Beliau meluahkan rasa “gembira” sekiranya tindakannya itu telah menyebabkan orang Melayu ditolak di dalam DAP kerana menurutnya, hakikatnya laungan DAP untuk membantu Melayu hanya sekadar retorik.

Pemimpin veteran itu menganggap ianya sebagai satu perkhidmatan kepada bangsa Melayu kerana hakikatnya, DAP memang tidak memperuntukkan tempat bagi Melayu dalam parti yang dilabel sebagai ‘chauvinist’ itu.

Tunku Aziz telah keluar dari DAP berhubung pertikaian pendapat mengenai perhimpunan Bersih 3.0"Itu mereka punya pandangan, tapi saya memang sukalah kalau saya menjadi punca orang Melayu tidak masuk DAP.

"Saya anggap ini sebagai servis saya untuk membantu Melayu... Cukuplah saya seorang yang kena tipu," kata beliau ketika dihubungi Malaysian Digest hari ini. Kenyataan Tunku Aziz merupakan maklumbalas kepada kenyataan bekas ahli veteran DAP, Zulkifli Mohd Noor, yang sebelum ini menyatakan kekecewaan beliau terhadap Tunku Aziz kerana telah 'merosakkan' kedudukan Melayu di dalam DAP.

Beliau telah mendakwa bahawa tindakan Tunku Aziz yang meletak jawatan sebelum ini, mungkin telah menyebabkan perwakilan Cina takut untuk memberi undi kepada calon Melayu kerana bimbang perkara yang sama akan berulang.



Pada Mei lalu, Tunku Aziz telah mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai Naib Pengerusi DAP dan seterusnya keluar dari DAP berhubung pertikaian pendapat mengenai perhimpunan Bersih 3.0 yang ditolaknya kerana dia percaya bahawa setiap perhimpunan jalanan tidak pernah berlangsung dengan aman.

Sebaliknya, parti dokongan beliau, DAP memberi sokongan padu terhadap penganjuran Bersih 3.0 yang berakhir dengan kekacauan dan huru-hara.

Sementara itu, tindakan dua pemimpin Melayu, Senator Dr Ariffin SM Omar dan Zairil Khir Johari menerima perlantikan secara terus sebagai anggota CEC walaupun tewas diperingkat pemilihan, jelas Tunku Aziz, sebagai "tidak mempunyai integriti."

Jelasnya, meskipun mereka menerima lantikan secara terus, kedudukan itu tidak menjanjikan mereka boleh berbuat apa-apa kerana pemimpin Melayu itu perlu bersetuju dengan setiap keputusan CEC tanpa boleh mengemukakan bantahan.

"Mereka telah ditolak oleh perwakilan dan kalah dalam pemilihan kemudian mereka terima pula jawatan yang diberi... Mereka ini tiada integriti.

Beliau turut tidak menolak, sekiranya mereka menentang keputusan yang telah dibuat atau bercanggah pendapat dengan CEC, mereka tidak akan bertahan lama.

"Untuk bertahan di dalam CEC, mereka tidak boleh bercanggah dan perlu bersetuju apa sahaja keputusan yang dibuat oleh CEC.

"Mereka tidak akan bertahan lama (jika menentang CEC) dan hakikatnya, DAP bukan untuk Melayu," jelas beliau lagi. Keputusan pemilihan CEC di Kongres Kebangsaan ke-16 DAP yang berlangsung dari 15 hingga 16 Disember yang lalu telah mengejutkan semua pihak apabila kesemua calon Melayu tewas dalam pemilihan tersebut.

Meskipun dua pemimpin Melayu dilantik sebagai CEC, Tunku Aziz berpendapat kedudukan itu tidak menjanjikan mereka boleh berbuat apa-apaKeputusan yang diluar dugaan itu menerima kritikan dari sesetengah pihak yang mendakwa ini membuktikan parti itu tidak memberi laluan kepada calon-calon Melayu untuk menganggotai 20 kerusi CEC.

Sejumlah 1,823 perwakilan telah menyingkir calon-calon Melayu yang bertanding, seperti Zulkifli Mohd Noor (216 undi); Senator Ariffin S.M Omar (748); Naib Pengerusi DAP Johor Ahmad Ton (347); Timbalan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (121); Pengerusi DAP cawangan Desa Manjung, Solaiman Op Syed Ibrahim (98); Roseli Abdul Ghani (39) dan Harun Ahmad (28).

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari turut tewas apabila hanya memperolehi 305 undi sahaja. 

No comments:

Post a Comment