Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, December 25, 2012

DAP mahu Pusat benar guna kalimah ALLAH - [PAS bersama DAP - TAKBIR !!!]

Sinar Harian - DAP menggesa Kerajaan Persekutuan yang diketuai Barisan Nasional (BN) membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu seperti yang dibenarkan di Sabah dan Sarawak.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, gesaan ini dibuat kerana kerajaan sering melaungkan bahawa mereka mesra rakyat yang membawa keamanan, kemakmuran berlandaskan prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi serta integriti.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media sempena sambutan Hari Krismas hari ini yang disambut oleh penganut agama Kristian seluruh dunia.

"Selain membenarkan perkataan ALLAH seperti yang digunakan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan ribuan tahun di negara Timur Tengah, BN juga harus menghentikan taktik menakutkan pengundi Melayu dengan mendakwa negara Kristian akan tertubuh di negara ini.

"Penganut Kristian tidak pernah mahu menubuhkan sebuah negara Kristian di negara ini, malah penganut ini taat kepada Perlembagaan Negara dengan mengiktiraf Islam sebagai agama Malaysia," katanya.

Akhbar mingguan Katolik, The Herald pada tahun 2009 berdepan masalah apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang edisi Bahasa Malaysianya menggunakan perkataan 'ALLAH' untuk merujuk kepada Tuhan dalam agama Kristian.

Bagaimanapun, dalam penghakimannya pada bulan Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa larangan menyeluruh KDN berhubung penggunaan perkataan 'ALLAH' adalah salah di sisi undang-undang.

Penghakiman tersebut yang mencetuskan siri serangan membakar beberapa gereja di seluruh negara pada bulan berikutnya dan kemudiannya digantung sementara menunggu rayuan kerajaan BN yang berhujah bahawa perkataan 'ALLAH' adalah eksklusif kepada umat Islam.

4 comments:

  1. Nama Allah engkau boleh ambil tetapi Zat Allah engkau tidak kenal dan tahu,kulit engkau ambil dan ISI engkau tidak dapat milikinya sebab tak pernah melihatnya.Kalau engkau kenali ZatNYA engkau akan otomatis menjadi seorang Islam.

    ReplyDelete
  2. Salam wbt all muslim frens in UMNO & PAS

    Si Cina bangsat Tokong Guan Eng ni dah melebehi sempadan yg mana umat Islam tak lagi boleh berkompromi kerana sebab utama si bangsat guan eng nak mengelirukan generasi muda dan generasi akan datang tentang kebenaran agama Islam berbanding agama-agama lain dengan memutarbelitkan penggunan kalimah suci 'ALLAH' . Kalimah suci ALLAH spt yg disepakati oleh ulama- ulam muktabar dlm negara ini adalah khas dan khusus utk agama ISLAM sahaja (sila rujuk statement by Dr Harun Din, Ustaz Taib Azamuddin, Tan Sri Harussani Zakaria dan ramai lagi tokoh yg berwibawa. Statement by Nik Aziz amat mengelirukan dan memalukan serta sesat dan menyesatkan).

    Sepatutnya dikala ini Nik Razi boleh menebus kesilapan beliau dgn menganjurkan solath hajat dgn mengumpulkan umat Islam tanpa mengira fahaman politik utk bersama-sama memohon kehadrat ALLAH SWT supaya dilaknat dan dihancurkan sibangsat Guan Eng kerana ingin mengkucar kacirkan kesefahaman dan toleransi betagama di negara ini. Tujuan sibangsat Guan Eng ini mesti disekat jika mahu akidah generasai muda dan belia Islam pada masa hadapan tidak tergugat atau goyah.

    Mohon sekelian ahli UMNO dan PAS fikirkan dgn rasional. Ketepikan fatwa palsu dan menyesatkan dari nik aziz.

    ReplyDelete
  3. Tolong tanya mereka macam mana mereka tahu/kenal bahwa Tuhan itu memang Tuhan?

    ReplyDelete
  4. Dgn sebab ini.....pakatan rakyat sebenar akan menolak pakatan rakyat palsu(dap...pkr...pas)...tiada kompromi bila melayu dan islam disentuh......

    ReplyDelete