Dedahnya, konspirasi jahat itu terbukti melalui sepucuk surat yang ditandatangani oleh seorang rakan kongsi firma guaman itu telah menipu maklumat tentang SUARAM yang dikatakan sebagai pertubuhan berdaftar, sedangkan pertubuhan itu merupakan sebuah pertubuhan haram.
"Suaram terima berpuluh juta ringgit dan firma guaman yang terlibat ini adalah seperti satu 'grand design' untuk menutup kegiatan ini bagi mencemarkan nama negara kita. Kenapa saya kata 'grand design', ini kerana surat itu ditandatangani oleh seorang rakan kongsi yang terkemuka di dalam firma guaman itu.
"Yang saya tidak boleh terima ialah fakta yang sebenarnya Suaram satu badan yang tidak berdaftar dan tidak sah, tetapi dalam surat rasmi kepada peguam di Perancis menyatakan bahawa Suaram adalah satu badan yang sah, yang berdaftar melalui Suara Inisiatif, tetapi tiada Sendirian Berhad.
"Ini merupakan kegiatan yang memburukkan kerajaan dan berniat jahat,"katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.
Choo Keong yang juga seorang pengamal undang-undang dan bekas aktivis PKR seperti dilaporkan Bernama mendedahkan identiti firma guaman itu sebagai 'firma guaman yang beroperasi di Jalan Tun Perak itu merupakan syarikat gergasi di negara ini dan sering menerima kontrak kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Blog brojinggo.blogspot.com mendedahkan lanjut firma guaman itu adalah Zain & Co, dan individu yang menandatangani surat itu adalah Amir Hamzah, salah seorang peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II.
Menurut blog itu, surat itu penting untuk meyakinkan peguam di Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham supaya kedua-duanya bersetuju mewakili SUARAM membawa kes pembelian kapal selam, Scorpene ke mahkamah negara berkenaan.
Lapor blog itu lagi, Choo Keong juga turut mendakwa Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) menerima antara RM50 juta hingga RM70 juta yang kemudiannya disalurkan kepada SUARAM dan portal berita Malaysiakini.
"Rakan kongsi firma itu, Amir Hamzah terlibat dalam kegiatan Majlis Peguam dan keadaan ini kritikal kerana ia berlaku dalam negara ini dan membabitkan firma guaman yang besar," katanya.
No comments:
Post a Comment