Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, November 15, 2012

Ulama' PAS Mahu Kekal sebagai 'BALACI' DAP & PKR

Tidak menghairankan lagi apabila PAS mahu terus kekal sebagai parti sokongan kepada perjuangan sosialis & liberal dalam Pakatan Rakyat.

Kini, Dewan Ulama' PAS sendiri melihatkan kuasa politik adalah matlamat utama walaupon mereka sedar tentang perjuangan politik songsang Pakatan Pembangkang.

Apakah ini namanya perjuangan Islam dalam PAS kerana sokongan membabi buta terhadap DAP & PKR?

Jika Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din sendiri mengesahkan bahawa perjuangan Anwar Ibrahim dan PKR bukan mengikut acuan Islam, sudah tentu sokongan PAS dalam pakatan Pembangkang adalah sokongan terhadap perjuangan musuh-musuh Islam!!!

Jika jangan mengira bahawa kita telah menyokong perjuangan Islam dalam PAS jika mereka menjadi 'Syaitan Bisu' terhadap kemungkaran yang dilakukan oleh PKR & DAP?

Mudarat yang sedang dibawa oleh PAS cukup besar. DAP & PKR memang memerlukan sokongan ahli dan jentera PAS.

Negara dan Islam sendiri akan hancur jika DAP & PKR diberi kuasa kelak. Selangor & Pulau Pinang sudah membuktikan nya. Allah telah beri amaran dalam Al-Quran. Apakah kita wajar berdiam diri?

1 comment:

  1. Muhd Nasir Student Mesir Said:


    Sebenarnya perjuangan Pas lebih kepada perjuangan Hasad Dengki dan sakit hati mereka pada Umno tak lebih daripada itu...tiada apa yg boleh dibanggakan oleh Pas!

    ReplyDelete