Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, November 7, 2012

UFB : Nurul Izzah Buka Jalan Melayu Murtad ?


AIDCNews – Ustaz Fathul Bari menganggap kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya, Sabtu lalu sebagai bertentangan dengan prinsip Pakatan Rakyat (PR) yang mendakwa menjunjung Perlembagaan Persekutuan.

"Beliau (Nurul Izzah) pun ketika nak bercakap tentang isu kebebasan agama dalam negara ini, perlu melihat kepada waqi', keadaan semasa dalam negara ini..(di mana) perlembagaan..menjadi manifesto Pakatan Rakyat sendiri, mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

"Termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Melayu itu beragama Islam," katanya.

Menurut Fathul Bari kenyataan Nurul Izzah di gereja itu seolah-olah mahu menggambarkan wujudnya diskriminasi agama di Malaysia, di mana masyarakat bukan Melayu diberi kebebasan beragama sedangkan masyarakat Melayu dihalang.

"Seolah-olah wujud di sana diskriminasi. Diskriminasi antara Melayu dan bukan Melayu. Bukan Melayu diberikan kebebasan memilih agama, sedangkan Melayu tidak.

"Saya kira beliau kurang faham dalam mentafsir 'la ikraha fid-deen', tidak ada paksaan dalam beragama," katanya.

Menurutnya lagi ayat 'tidak ada paksaan dalam beragama' diturunkan kepada bukan Islam dan bukannya kepada individu yang sudah memeluk Islam atau dilahirkan dalam beragama Islam.

Sumber : http://www.anwaraidc.com/?p=28888

6 comments:

  1. Kalau Nurul Izzah rujuk fatwa Sheikhul-Azhar, Chua Soi Lek rujuk fatwa siapa?

    Utusan Malaysia semalam melaporkan berita bertajuk "Melayu perlu bebas pilih agama?"

    Antara lain, akhbar itu melaporkan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menegaskan, rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.

    Beliau seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata : ''Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

    Dalam berita FMT 3/11/12 bertajuk "Nurul Izzah backs religious freedom for all", antara lain dilaporkan:


    Earlier in her speech, Nurul Izzah quoted a decree made by Egypt’s University Al-Azhar president Ahmad el Tayeb and said freedom of belief should be a fundamental right for all.

    Izzah dilaporkan memetik fatwa Sheikhul-Azhar, Ahmad el Tayeb, yang menyatakan kebebasan dalam soal kepercayaan seharusnya menjadi hak asasi semua orang.

    Saya tidak bercadang hendak membela Ahli Parlimen yang saya undi itu. Dia lagi pandai membela dirinya. Yang saya nak habaq satu ja - Izzah memetik fatwa Sheikhul-Azhar.

    (Nota: Secara peribadi, saya lebih bersetuju dengan pandangan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang disiarkan dalam laporan FMT bertajuk "Aziz Bari explains ‘No compulsion’ verse":
    Aziz, an expert on constitutional law, said the verse in question (لاَ إِكْرَاهَ فِى الدِّينِ - Verse 256 of Surah al-Baqarah) did not mean that a Muslim could renounce his faith. “If this is the case, then what is the point of the ruling that says renouncing Islam is a big sin?” he said.)

    Bagaimana pula dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek? Dengan berdalihkan istilah 'hudud versi PAS', sesuka hati dan dengan bebas musuh Islam itu menghina Islam serta menyebarkan ideologi Islamofobia. Tentulah dia bebas berbuat demikian kerana Umno merestui dan berhempas-pulas mewali keramatkan syaitan itu.

    Kalau Izzah merujuk fatwa Sheikhul-Azhar, Chua merujuk fatwa siapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soilek tu.islam ke??izah tu islam ke kapir???apsal ko banggang sgt.bodoh xleh nak ajar.pandai xleh nk diikut ko ni.ni bukan bab poitik bahlol

      Delete
    2. KENAPA BODOH SANGAT?? CHUA SOI LEK TU KAFIR LAKNAT MANA NAK GUNA FATWA ..TETAPI NURULIZAH TU ISLAM SONGSANG BANGANG

      Delete
  2. so lek kapir. izzah org muslim. org kapir ckp apa2 pun dia akn tetap kapir. izah klau silap ckp blh rosak iman

    ReplyDelete
  3. Kenapa dorang tak tulis jugak, Nurul Izzah juga ada mengatakan sekiranya dah menjadi Muslim atau Muslimah, kena ikut syariat islam.

    ReplyDelete
  4. Orang atad aku ni pun bangang...persoalannya...izah point out...MELAYU BEBAS PILIH AGAMA...paham? Takdenye sekiranya dah islam ke hapa sbb melayu mmg dah islam kat malaysia ni...tu dia ckp sbb nak cover je...sbb dia tau akan jadi isu...pokok pangkalnya...dia ckp kebebasan berugama ni must b apply equally..apply equally..2x anjing betina tu cakap..itu yg dia nak highlitekan...takde kena mengena dgn statement setelah menjadi islam...pokok pangkalnya...izah lahanat ni nak pecahkan tradisi kita selama ni...dia suka tgk ada melayu kristian ,,hindu...mcm kat indon...psl tu la indon byk malapetaka...

    ReplyDelete