Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tujuan DAP
menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (PM) kerana
mahu meneruskan agenda melalui topeng PM berbangsa Melayu.
“DAP sahaja, pemimpin dia, tidak ada yang Melayu..Dia nak sokongan
Melayu, jadi dia nak Anwar konon nak jadi Perdana Menteri,”katanya
kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan Gaza di
Kuala Lumpur, Selasa.
Menurut Tun Mahathir, agenda DAP mencalonkan Anwar sama seperti
muslihat DAP Perak menobatkan wakil PAS, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar
Jamaluddin sebagai Menteri Besar boneka, walaupun parti kaum Cina itu
memperolehi majoriti kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
“Tapi jadi macam di Perak, bila Nizar jadi Menteri Besar, dia (Nizar) duduk di bawah telunjuk DAP.
“Sebab itu, dia bagi tanah, tak pernah (terfikir)..kita dah tentukan
dasar, tanah tak boleh bagi lebih daripada 99 tahun. Dia (Nizar) bagi
sampai kiamat,” katanya.
Sebelum itu, Tun Mahathir turut mengulas tentang pencalonan presiden
PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai PM yang disifatkannya sebagai
cerminan sikap berebut-rebut sesama parti pembangkang.
“Belum pun jadi kerajaan, sudah berebut-rebut dah , esok (kalau) dah
jadi kerajaan, bukan saja haji Hadi, bukan sahaja Anwar, (malah)
Karpal Singh pun nak jadi PM juga.
“Bagilah kepada dia. Teruk, lama dia berjuang…patut bagi Karpal Singh
(jadi) perdana menteri Malaysia, yang amat berhormat…bila pencen dapat
Tun,” katanya lagi.
Tang Tun Karpal Singh memang lawak. Kah kah kah
ReplyDelete