Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, November 29, 2012

#PAU2012 - Najib senarai kelemahan, kepincangan Pakatan [Pencacai Lari Tak Cukup Tanah]

Najib, Presiden dan Perdana Menteri menyenaraikan satu-satu persatu negeri yang ditadbir PR sejak 2008 termasuk kepimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR.

"Perbezaan yang terbesar antara kita dan pembangkang ialah bagi kita, janji dibuat untuk ditepati. Bukan seperti pembangkang yang sering berkata palsu apabila memancing undi, tetapi sesudah menjadi kerajaan semuanya kosong belaka.

"Tanyalah kepada penduduk Kampung Buah Pala di Pulau Pinang, di manakah kata-kata manis yang ditabur oleh Ketua Umum PKR semasa pilihanraya 2008?" kata beliau dalam ucapan dasar yang disampaikan di Dewan Merdeka bermula jam 10.30 pagi tadi.

Kata Najib, Anwar berjanji kononnya dalam masa dua minggu selepas memenangi pilihan raya, akan selesailah masalah penduduk di sana.

"Kini sudah hampir masuk empat tahun, bak kata orang Penang... "ilekkk...". Akhirnya...Barisan Nasional... juga yang selesaikan..."

"Selain itu, macam kata orang Tanjung jugak, boleh jadi caca marba.... seandainya Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan.

"Tukang buat janji, Perdana Menteri mereka, tak kisahlah siapa yang akan dilantik sama ada Ketua Umum PKR atau Presiden Pas, tetapi... si Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP akan tetap "buat tak tau.... dan buat dek...jer..." atas janji itu. Mungkin inilah sebabnya Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang menggelar bosnya sebagai Cocky, Arrogant dan Tokong," kata beliau lagi.

Beliau seterusnya menyentuh perkembangan di Kelantan, yang ditadbir Pas sejak 1990.

"Selanjutnya; 'tanyalah kepada oghe Kelate, ...selesa doh ko masalah air?... Sedar tak sedar, dah lebih dua puluh tahun Pas memerintah, tak selesa-selesa jugak'," kata beliau lagi.

Kemudian Najib melangkah ke Kedah dengan menambah, "tanyalah pulak kepada orang Kedah; 'pasai Pas... depa janji apa kat hampa tahun 2008 hari tu? ...cuba habaq mai... tak ka macam-macam depa tabuq janji... kita tau sampai laa ni... macam-macam tak selesai... habuk pun tak dak."

"Seterusnya, kita tanya pulak penduduk flat kos rendah dan pangsapuri yang memakai meter pukal di Selangor.

"Mana janji-janji indah nak bagi air percuma? Satu lagi isu, kita tanya kepada ibu-ibu tunggal juga di Selangor, apa sudah jadi dengan elaun bulanan sebanyak seratus ringgit yang nak dibagi? Tak patut," kata Najib.

Najib berkata, situasi itu berbeza dengan Umno dan Kerajaan BN.

"Buktinya, semenjak saya dan rakan-rakan mengambil alih kepimpinan parti dan Kerajaan, melalui pelbagai usaha dan ikhtiar, parti ini dan kerajaan ini, bukan sekadar suka-suka membuat janji dan memberi harapan, namun kita juga pasti berusaha, merintis sejuta jalan untuk menunaikannya," katanya.

Beliau seterusnya berkata, "msalnya, di bawah pelan jangka pendek, antaranya: kita ada BR1M untuk rakyat berpendapatan rendah, kita ada baucer buku 1Malaysia untuk mahasiswa, kita ada bantuan 100 ringgit untuk semua pelajar sekolah, kita ada Skim tayar 1Malaysia untuk pemandu teksi."

"Untuk jangka sederhana: kita menyediakan Pusat Transformasi Luar Bandar, kita menyediakan Pusat Transformasi Bandar, kita ada KR1M, Klinik 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia, Kedai Buku 1Malaysia, dan "Bagi jangka panjang pula, kita dipayungi Dasar Transformasi Nasional melalui inisiatif Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi hinggalah kita mencapai status negara maju. Insya-ALLAH, katanya.

8 comments:

  1. Cybertrooper BN kena cergas menyebarkan perka ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, rakan2 yg lain akan sebarkan pembohongan pembangkang

      Delete
  2. Malangnya ramai penganut PAS telah dibutakan hatinya utk menerima kebenaran ni.

    ReplyDelete
  3. tu je ler modal. Tapi tak ada FAKTA, cuma AUTA.

    ReplyDelete
  4. Meter pukal tu salah pengguna sendiri. Apasal tak apply tukar? SYABAS kroni UMNO jugak yang dapat untung. Sebab tu dorang taknak proses secara otomatis.

    ReplyDelete
  5. Perjuangan Pas hanya berdasarkan dengki dan Sakit hati...sejak sekian lama, maka Allah tak redha.

    ReplyDelete
  6. perjuangan PR untuk kuasa.. bukan untuk rakyat...

    ReplyDelete
  7. Hanya UMNO yang buat kejer untuk rakyat,PR hanya menipu dan menghancurkan rakyat.

    ReplyDelete