Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, November 7, 2012

[Kebebasan Agama] Pandangan Nurul Izzah Senada Majlis Peguam & IFC

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu,Datuk Zulkifli Noordin berkata pandangan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar tentang kebebasan beragama di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya Sabtu lalu hampir sama dengan pandangan Majlis Peguam sebelum ini.

Menurutnya, sebelum ini, Majlis Peguam bersama NGO-NGO pronya telah menganjurkan satu gagasan untuk menubuhkan Suruhanjaya Antara Agama (IFC).

"Ini adalah satu matlamat utama IFC iaitu memberikan kebebasan memilih agama dan keluar dari sesuatu agama termasuk di kalangan umat Islam.

"Adakah Nurul Izzah sedar apa yang diungkapkan itu senada dengan Majlis Peguam dan beberapa NGO lain yang cuba nak menubuhkan IFC yang ditentang habis-habisan oleh PAS,"katanya.

Zulkifli juga turut bertanya apakah pendirian PAS sekarang berkaitan dengan isu kenyataan Nurul Izzah, sedangkan parti itu menentang keras penubuhan IFC suatu ketika dahulu.

"Saya nak tanya PAS, adakah pendiriannya masih sama ? Kalau pendiriannya masih sama menentang IFC, maknanya ia mesti menentang apa yang dicadangkan oleh Nurul Izzah.

"Tetapi kalau ia tidak lagi memegang dasar tersebut iaitu menentang IFC, ia perlu bagitahu kepada ahli-ahli akar umbinya..yang PAS sekarang bersama dengan Nurul Izzah..dengan IFC,"katanya.

3 comments:

  1. UMNO sudah kehabisan modal.
    Akhirnya, akal pendek mereka terserlah.

    ReplyDelete
  2. Apa yg akal pendek???ko cerita sikit.tulis bg matang sikit jgn dungu je lol

    ReplyDelete
  3. PKR ni kaki fitnah dan putar alam. Insaf dan bertaubatlah.

    ReplyDelete