Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, November 18, 2012

[Hudud BUKAN Agenda PR] MUKTAMAR PAS 58 - Hudud PAS masih Celaru kata Perwakilan WP

Pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan PAS dilihat masih bercelaru kerana gagal dibahaskan secara terbuka oleh perwakilan parti itu.
Perwakilan dari Wilayah Persekutuan, Zahari Arip berkata, pimpinan PAS sepatutnya tidak membelakangkan dasar parti itu terutama berhubung perlaksanaan undang-undang Islam demi meraih sokongan masyarakat bukan Islam.
 
"Isu hudud dipolemikkan oleh rakan kita...DAP yang dikhususkan kepada Karpal Singh. Bahkan di sana ada yang berkata, bagaimana perlaksanaan hudud mahu dilaksanakan di Malaysia kerana tidak sesuai dan tidak kondusif.
 
"Tapi malangnya kenyataan-kenyataan ini ditatang sedikit sebanyak oleh kepimpinan PAS," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-58 di sini, hari ini.
 
Dalam pada itu Zahari memberi amaran kepada pemimpin parti yang dilihat goyah serta cenderung untuk meremehkan isu perlaksanaan hukum hudud dan katanya pemimpin berkenaan boleh diambil tindakan kerana membelakangkan dasar parti itu.
 
"Dalam bola sepak, Tan Sri Annuar Musa diambil tindakan kerana mengeluarkan kenyataan yang membelakangkan Presiden FAM. Dalam PAS sangat harmoni bila presiden kata PAS akan laksanakan hukum hudud mengikut lunas demokrasi...selesai (tak berbangkit lagi).
 
"Tapi kenapa di sana ada pimpinan lain yang cuba cakap hudud bukan agenda Pakatan Rakyat? Apakah kita nak ambil tindakan macam FAM?
 
"Kalau kita takut kepada bukan muslim, adakah kita mesti sweep under carpet seketika isu hudud? Ini perjuangan utama kita...jangan kita sampingkan isu ini," ujarnya.

No comments:

Post a Comment