Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, November 18, 2012

[Fatwa Gila] Nik Aziz: Tak salah doa jatuhkan Umno-BN

Pas menyifatkan tindakan mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) itu adalah sebagai sesuatu yang wajar dan bukannya kesalahan.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan mendoakan parti itu hancur adalah kerana BN didakwa menolak Islam.

Dakwanya, tindakan BN menolak Islam secara jelas menunjukkan parti itu memperlekehkan agama tersebut kerana ia berkait soal akidah.

Beliau turut memberikan contoh kisah Nabi Nuh AS yang memohon kepada ALLAH SWT untuk menghancurkan kaumnya ketika itu yang tidak mematuhinya.

"Bila Umno tolak Islam apa taraf Islam? Takkan nak biar? Tak salah doa macam itu kerana dalam al-Quran sendiri menyebut mengenai kisah di zaman Nabi Nuh AS yang berdakwah tetapi ditolak kaumnya yang mempunyai pengikut dan harta banyak.

"Akhirnya Nabi berdoa supaya Tuhan musnahkan orang itu kerana sekiranya tak dimusnahkan nanti bila orang itu beranak maka anaknya pula melawannya jadi jangan tinggalkan seorang pun," katanya pada sidang media selepas Muktamar Tahunan Pas ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden Pas meminta doa agar ALLAH menjahanamkan Umno dan BN sebagaimana ALLAH memusnahkan Firaun, Qarun, Namrud serta Abu Lahab selepas solat hajat, sempena muktamar parti itu di Stadium Sultan Muhamad IV, malam kelmarin.

Dalam pada itu, Nik Aziz membidas dakwaan kononnya isu orang Melayu murtad disebabkan oleh paderi Kristian adalah tidak benar kerana ia adalah perbuatan umatnya sendiri yang menolak Islam.

Menurutnya, sekiranya seseorang itu seseorang itu menolak Islam atau orang itu jahil maka ia boleh jadi murtad.

"Bila Umno tolak Islam daripada dasarnya, agama apa Umno pakai? Agama Islam berpandukan al-Quran. Jadi dia Kristian ke Buddha ke atau tiada agama?

"Timbulnya isu murtad kononnya paderi Kristian tapi saya nak kata tidak. Yang menjadikan orang Melayu murtad kerana orang Melayu sendiri memperlekehkan Islam. Umno tolak Islam maka dia memperlekehkan Isla," katanya.

Ketika ditanya pemberita sama ada beliau menganggap Umno murtad kerana mendakwa parti itu memperlekehkan Islam, Nik Aziz berkata, soal murtad tidak kira siapa, sebaliknya sekiranya seseorang Islam itu menolak agamanya, maka dia murtad.

"Tak kira siapa pun... tak kira tok guru sekalipun, kalau murtad, maka murtadlah. Usahkan Umno, kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak Islam dengan cara hati dia mengatakan Islam tak guna maka dia murtad walaupun tiada mufti beritahu," katanya.

12 comments:

  1. "kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak Islam dengan cara hati dia mengatakan Islam tak guna maka dia murtad walaupun tiada mufti beritahu" Nik Aziz. Berdasarkan kepada kenyataan Nik Aziz sendiri sah lah bahawa Nik Aziz, Hj Hadi sudah murtad kerana tolak Islam. Orang orang ini dah tolak Islam dengan membuang negara Islam digantikan dengan negara kebajikan...muahaaaa

    ReplyDelete
  2. Al-Quran cakap Syaitan adalah musuh nyata manusia. N.Ajis cakap dia kawan syaitan. Pikior2 sendiri lerr..

    ReplyDelete
  3. ...ya Allah...selamatkanlah PAS dari keserakahan para pemimpin mereka yg sedang membawa PAS kearah fahaman Khawarij atau Syiah....amin

    ReplyDelete
  4. Budak-budak penyokong murtad dan LGBT bernama Nurul Izzah takde pulak Nabi N.ajis ni nak tolak.... memang dah bengong orang tua ni...

    ReplyDelete
  5. Makin lama makin merepek org tua ni. Dia da perasan jadi Nabi ni.

    ReplyDelete
  6. PENGANUT ISLAM YG GILA,ORG GILA
    ALLAH BAGI FREE OF CHARGE! TAPI ADAKAH DIA GILA?

    ReplyDelete
  7. Nik Ajis ni nak jadi umat nabi Muhammad SAW ke nak jadi umat Nabi Noh? Saya teringat satu kisah yg mana ada seorang Nabi tu kalau boleh dia nak jadi umat Nabi Muhammad.

    Kelakar betul si tua ni, dah tua pun bodoh !! (pinjam ayat p. ramlee)

    ReplyDelete
  8. knp haron din senyap membisu? tak berani sanggah anak2 nik mat tu ke? jgn jadi syaitan bisu wahai tuan guru haron din alhafiz...

    ReplyDelete
  9. "Ya Allah...Mudahkanlah perjalanan kami ke Putrajaya, kuburkanlah PAS dan NIK AZIZ dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini (diulang sebanyak tiga kali). Ya Allah...Hukumkanlah PAS. Ya Allah...Hukumkanlah PAS dan NIK AZIZ. K.O! NIK AZIZ, K.O! NIK AZIZ, NIK AZIZ K.O!, K.O! NIK AZIZ, NIK AZIZ K.O!, NIK AZIZ K.O! dalam PRU-13 ini Ya Allah.

    "Kalau Kamu pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Kamu izinkan bumi Mu telan Qarun. Ya Allah...Kamu telah laknat Namrud dan begitu juga Abu Lahab. Maka sungguh mudah untuk Kamu menjahanamkan PAS dan NIK AZIZ dalam PRU-13,"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn.... inilah namanya kecik2 tak nak mampus dah tua menyusahkan umat, macamlah dia saja yang kuat islam kuat iman tapi cakap tak serupa tak guna otak

      Delete
  10. Situa ne kalau nak kata bebal pun aku kira betul, bangang pun betul, merapu pun betul, nyanyuk pun betul....yang pasti Serban dah londeh kena betulkan, kalau rupa serban dah macam roti perata kena betulkan sikit pak, orang Melaka kata PUKIMAK bukan ULAMA....aik rasa nak jadikan kau ULAM

    ReplyDelete
  11. DAP yang menolak Islam tidak pula didoakan kehancurannya! Pok nik, lagi lama aku mengenalmu , makin pelik pulak aku dengar fatwamu..macam mahzab baru pulak tercipta - Mahzab Pas.

    ReplyDelete