Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, November 14, 2012

Batal Kondo Batu Caves Jika Beri Peluang BN di Selangor @NajibRazak #JanjiDitepati

Post Pic


GOMBAK: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji akan membatalkan projek kondominium kontroversi berhampiran kuil Batu Caves jika Barisan Nasional (BN) mengambil alih Selangor.

Beliau juga mengumumkan bahawa Kabinet akan memohon status Tapak Warisan Dunia Unesco untuk kawasan berkenaan selepas status Malaysia dalam Suruhanjaya Warisan Dunia tamat pada tahun 2015.

"Batu Caves di pandang tinggi di kalangan penganut Hindu di Malaysia dan di luar negara. Oleh itu, kompleks Batu Caves mesti dipelihara dan dipertahankan daripada apa-apa yang mengancam kedudukan Batu Cave sebagai tempat suci penganut Hindu.

"Saya ingin mengumumkan dihadapan beribu-ribu penganut Hindu di Batu Caves pada Hari Deepavali bahawa kerajaan BN akan mempertahankan kompleks ini," kata Najib, yang juga Ketua BN Selangor.

Najib dalam pada itu berkata Wilayah Persekutuan Labuan turut akan menikmati cuti umum bagi sambutan Deepavali bermula tahun hadapan.

Projek pembinaan kondominium 29 tingkat berdekatan Batu Caves mendapat perhatian apabila Jawatankuasa Kuil Sri Subramaniam Swamy Devasthanam Batu Caves melakukan bantahan terhadap projek berkenaan yang didakwa akan menjejaskan pemandangan dan struktur kuil tersebut.

Justeru kerajaan Selangor telah mengarahkan pemaju untuk menghentikan pembinaan kondominium itu untuk memberi laluan kepada siasatan untuk dijalankan.

Projek kondominium yang dirancang dibina berhampiran bukit batu kapur itu mendapat tentangan pelbagai pihak kerana dilihat akan menjejaskan kawasan dan
penduduk di sekitarnya.

Mengulas lanjut, Najib berkata cadangan menjadikan Batu Caves sebagai tapak warisan dunia perlu dibawa ke Unesco (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) selepas tempoh Malaysia menjadi anggota Suruhanjaya Warisan Dunia tamat pada 2015.
    
Usaha itu akan dilakukan melalui Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

"Kita tidak boleh buat permohonan buat masa ini kerana boleh berlaku 'conflict of interest' (konflik kepentingan). Tempoh kita akan berakhir pada 2015, dan pada masa itu kita akan mengemukakan (permohonan) secara rasmi supaya

kompleks Batu Caves diisytihar Unesco sebagai tapak warisan dunia," katanya.

Dalam ucapannya, Najib turut mengumumkan cuti am Deepavali akan mencakupi  Wilayah Persekutuan Labuan.

No comments:

Post a Comment