Minda Hijrah Headline Animator

Monday, November 5, 2012

Aidit - Nurul Izzah Jahil Kandungan Al-Quran

Keghairahan pimpinan Pakatan menterjemah Al-Quran demi meraih sokongan rakyat, menunjukkan kejahilan mereka terhadap kandungan ayat-ayat suci itu serta hadis-hadis nabi, kata Timbalan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI), Datuk Aidit Ghazali.

Justeru beliau menasihati pemimpin Pakatan Rakyat agar tidak sewenang-wenangnya memutar-belitkan tafsiran ayat Al-Quran dan mengelirukan umat Islam di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Sabtu lalu bahawa orang Melayu diberi kebebasan penuh untuk memilih agama mereka, sekali gus membayangkan mereka harus diberi kelonggaran memilih agama selain Islam.

"Jadi di sini saya menasihati Yang Berhormat tersebut (Izzah) serta mana-mana yang sefikrah dengan beliau supaya fikir masak-masak..jangan disebabkan hendak memperjuangkan agenda politik, kita sanggup untuk memutar-belitkan semangat dan juga tafsiran pada ayat-ayat Allah.

"Saya sangat kasihan kepada ahli-ahli politik yang mana disebabkan terlalu ghairah dengan agenda politik, mereka tergamak mengeluarkan kenyataan-kenyataan untuk membelai dan membuat penelitian kepada agenda politik hingga kata-kata mereka itu menunjukkan kejahilan mereka terhadap apa yang terkandung ayat-ayat al-quran dan juga hadis-hadis nabi," ujar beliau ketika dihubungi Antarapos.

Kenyataan Izzah itu mengundang kritikan banyak pihak termasuk Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya.

Selain itu, Aidit turut menekankan bahawa sekiranya gejala tersebut dibiarkan berleluasa, dikhuatiri ianya akan menjadi ikutan di kalangan masyarakat terutamanya golongan remaja dan belia yang terbawa-bawa dengan sensasi politik.

"Dan pada saya, gejala ini sekiranya ia menjadi satu ikutan dan sekiranya ini adalah satu trend yang bakal kita lihat daripada mereka yang tidak tahu di mana terletaknya batasan hak mereka untuk bicara tentang maksud sebenar ayat Allah yang bermaksud 'tidak ada paksaan dalam agama', saya khuatir trend ataupun sikap liberal ini sekiranya tidak dibendung, tidak dikekang, tidak diperbetulkan, akan dijadikan satu ikutan bagi remaja-remaja dan belia-belia yang terbawa-bawa dengan sensasi politik.

Menurutnya lagi, tidak keterlaluan sekiranya pertikaian yang dibangkitkan Izzah yang juga merupakan ahli Parlimen Lembah Pantai itu sebagai mempertikaikan semangat dan juga roh yang terkandung di dalam potongan ayat tersebut.

Hal tersebut katanya telah mengakibatkan berlakunya manipulasi terhadap tafsiran ayat-ayat Allah oleh Izzah dan pemimpin-pemimpin Pakatan yang lainnya hanya kerana untuk memenuhi agenda politik sempit mereka.

"Ini adalah pertikaian yang lebih besar dan ia berlaku kerana wujudnya satu sifat liberal..dan inilah yang kita katakan pemikiran liberal yang wujud di kalangan orang Islam sehinggakan untuk mengiyakan agenda politik, maka ayat-ayat Allah dan peruntukan perundangan dari segi agama ditafsirkan mengikut keperluan dan agenda politik sempit," ujarnya.

3 comments:

  1. inilah doa ku semasa buat haji tahun lepas...

    Ya Allah kau hancurkanlah DAP dan PKR..
    Ya Allah kau satukan UMNO dan PAS supaya org melayu dan islam menjadi kuat di malaysia

    ReplyDelete
  2. Nama Melayu, IC Melayu. Agama Islam. Tapi minum arak, berjudi, kaki perempuan, main rasuah. Amalan Kristian.

    Buat malu Islam je.

    ReplyDelete